Mi Goreng Basah memang sangat enak dan imbau nostalgia zaman dulu-dulu. Biasanya menu ini berkait rapat dengan hidangan yang suka dimakan diwaktu kecil. Sama seperti resipi Mi Goreng ni. Jika mi yang dibeli di kedai atau pasar malam, kemudian dibungkus pula dengan kertas, aromanya memang lebih enak. Saudara Emee Sham ada kongsikan satu resipi Mi Goreng Basah yang sedap yang boleh kita semua cuba. Dinikmati pula dengan hirisan cili jeruk dan perahan jus limau nipis, lagi bertambah sedapnya. Jom cuba! Anda pasti suka.
RESEPI MI GORENG BASAH IMBAU NOSTALGIA
- 1 paket mi kuning – lalukan dengan air paip
- Isi ayam
- Air rebusan ayam
- 2 biji telur
- Sawi
- Tauge
- Bawang putih – tumbuk halus
- Bawang merah – tumbuk halus
- Cili kisar – beli online disini
- Sos tiram – beli online disini
- Sos cili – beli online disini
- Tauhu goreng yang dihiris
- Kicap Lemak Manis – beli online disini
ARTIKEL BERKAITAN:
- Resipi Mi Goreng Basah Paling Sedap. Cuba Resipi Ni Confirm Laris!
- Resipi Mi Goreng Basah Tauhu Hancur. Sangat Sedap & Tak Guna Telur
- Resipi Mee Goreng Budak Sekolah. Mudah Masak & Sangat Sedap
CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak, gorengkan 2 biji telur. Goreng hancur kasar. Ketepikan.
2.Tambah sedikit minyak pada kuali. Tumiskan bawang yang ditumbuk. Biar hingga agak garing.
3. Kemudian masukkan cili kisar dengan secukupnya. Kacau rata. Tumis sampai cili masak.
4. Bila sudah sempurna, masukkan isi ayam. Kacau rata dan biarkan seketika.
5. Masukkan sos tiram, sos cili dengan secukupnya. Kacau rata.
6. Kemudian terus masukkan air rebusan ayam. Biarkan mereneh seketika. Kepekatan kuah ikut sukatan mi masing-masing.
7. Masukkan kicap lemak manis dengan secukupnya dan sedikit sahaja kicap masin. Biarkan mendidih.
8. Seterusnya masukkan tauhu, telur dan akhir sekali mi. Kacau rata.
9. Tambahkan sawi dan tauge, kacau rata. Jika warna kurang gelap, masukkan lagi kicap lemak manis. Kacau rata dan tutup api. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Emee Sham