Resepi daging dendeng ini sangat mudah dan sedap untuk dicuba. Kalau teringin nak makan, bolehlah masak nanti untuk hidangan makan tengahari.
Kalau nak makan puas-puas, boleh guna 1 kg daging terus. Lebihannya boleh disimpan buat stok dalam peti sejuk beku ataupun boleh berbagi rezeki dengan jiran-jiran untuk sama-sama merasa.
Resepi Daging Dendeng Mudah & Sedap
Bahan-bahan:
- 3 biji bawang putih*
- 4 biji bawang merah (boleh lebihkan)*
- 1 inci halia*
- 1/2 inci lengkuas*
- 3 tangkai serai*
- 3 senduk besar lada kisar
- 1/2 mangkuk kicap (untuk diperap bersama daging)
- 2 senduk kicap (kicap kipas udang warna merah, lebih manis)
- 1 mangkuk daging (siap dihiris)
- Minyak masak secukupnya
Cara-cara:
1. Daging diperap dengan 1/2 mangkuk kicap. Tutup mangkuk dan ketepikan.
2. Tumbuk atau kisar bahan bertanda (*). Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan lada kisar.
3. Bila lada sudah sedikit garing, masukkan pula daging yang diperap beserta kicap.
4. Biarkan daging dengan api kecil atau sederhana, sentiasa kacau agar sekata dan tidak hangus di bahagian bawah.
5. Jika kurang rasa, tambahkan kicap sahaja tanpa perisa yang lain.
6. Bila kuah sudah menjadi kering, daging dendeng siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Kredit: Putri Bungsu