Surat Kanak-Kanak Yang Menghina Dan Mahu Gurunya Masuk Ke Dalam Neraka Gemparkan Sekolah Sehingga Ibubapanya Terpaksa Dipanggil

Kanak-kanak sememangnya jujur dalam percakapan kerana mereka masih belum pandai menipu dan tidak tahu jika kata-kata mereka menyakitkan hati orang lain. Mereka juga tidak tahu bahawa sesetengah pandangan buruk tidak perlu dikongsikan dan hanya disimpan dalam hati.


Lebih-lebih lagi kanak-kanak zaman sekarang yang sangat terdedah dengan budaya internet menyebabkan mereka berani untuk meluahkan pendapat terhadap sesiapa sahaja tanpa memikirkan akibatnya.

Itulah yang dilakukan oleh seorang pelajar tadika bernama Isaiah apabila gurunya merampas barang kepunyaannya sebagai hukuman kerana bercakap di dalam kelas.

Okay so my co worker @luxxcleaning told us that she had to attend a parent teacher conference because of a letter her…

Posted by Jaquya Bradford on Rabu, 12 Februari 2020

Berikut adalah kandungan surat Isaiah yang dianggap biadap dan tidak menghormati guru.

Terjemahan:

“Kehadapan Cik Jones. Saya marah sangat dengan cikgu kerana cikgu ambil 25 token Hummingbird saya hanya sebab saya bercakap dengan Conner. Ia bukan masalah besar pun, saya baru 6 tahun saya mana tahu senyap. Ini membuatkan cikgu seorang pencuri dan penyangak. Cikgu akan masuk neraka, neraka yang betul-betul, neraka yang berapi sebab cikgu seorang pencuri. Saya berusaha keras untuk dapatkan duit itu satu-satunya doa saya pagi ini adalah supaya tuhan masukkan cikgu ke dalam neraka secepat mungkin dan gaya rambut baru cikgu buruk, sangat buruk. Isaiah.”

Gara-gara surat tersebut, ibu Isaiah dipanggil ke sekolah untuk menerima laporan berkenaan kata-kata anaknya itu.

Kisah tersebut dikongsikan oleh salah seorang rakan sekerja ibu Isaiah apabila wanita itu membawa surat berkenaan ke pejabat.

Posting yang tular di Twitter dan Facebook itu membuat ramai kagum dengan kepetahan kanak-kanak itu memandangkan dia baru berusia 6 tahun.

Namun apa yang lebih membuat geli hati adalah komen kanak-kanak itu yang menghina potongan rambut gurunya.

Sumber: Twitter, Facebook