Tahan Lama Macam Baru Beli,Cara Betul Simpan Ikan Supaya Kekal Segar

Rupanya ada cara betul simpan ikan supaya kekal segar dan tahan lama macam baru dibeli.


Jika salah cara simpan, barang basah seperti ikan ini menjadi tidak sedap apabila digoreng kerana sudah ‘hilang’ kesegarannya.

Normah Bahari ada berkongsikan cara sebenar simpan ikan yang boleh dipraktikkan oleh anda semua. Jom baca perkongsiannya di bawah.

Cara Betul Simpan Ikan Supaya Kekal Segar Macam Baru Beli

Cara menyimpan ikan yang betul di dalam freezer.

Susun ikan di dalam bekas untuk sekali masak, tuangkan air hingga menutupi ikan tersebut. Kemudian frozenkan.

Bila nk masak, keluarkan dan biarkan ia cair. Kalau nk masak pagi, keluar dari malam dan bila nk masak tengahari, keluarkan waktu pagi. In Sha Allah ikan kita tetap segar macam baru beli.

Kredit: Normah Bahari