“Tahniah Bro, Korang Memang Manusia Contoh” Terkejut Kucing Terkapai-Kapai Kelemasan Minta Tolong, Pemuda Ini “Mengundang” Kucing Ke Kapalnya

Sekumpulan pemancing di Jambatan Pulau Pinang telah menerima pujian ramai selepas mereka berjaya menyelamatkan seekor anak kucing yang hampir lemas.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Facebook Penang Kini, sekumpulan pemancing tersebut telah menjumpai anak kucing ini berenang dan terkapai-kapai mengiau meminta pertolongan.

“Siapalah makhluk yang buang kucing ke bawah jambatan Pulau Pinang. Namun umurnya masih panjang bila sahabat saya bersama anaknya berjaya menyelamatkan kucing tersebut pagi tadi.” tulisnya.

Video berdurasi 52 saat itu menunjukkan anak kucing berbulu hitam dan putih telah diselamatkan kumpulan terbabit, mendapat pujian ramai pengguna media sosial.

Syabas dan ribuan terima kasih kepada sekumpulan pemancing ini kerana menyelamatkan seekor anak kucing yang hampir lemas di bawah Jambatan Pulau Pinang semalam. "Sapalah makhluk yg buang kucing ke bawah jambatan Pulau Pinang. Namun umurnya masih panjang bila sahabat saya bersama anaknya berjaya menyelamatkan kucing tersebut pagi tadi" (Foto-Foto di ruangan komen) 📹 Baharudin sue

Posted by Penang Kini on Saturday, 30 November 2019

Artikel Berkaitan   "Jumaat Lepas, Ayah Ada Cakap 'Adik, Lepas Ini Papa Tak Nak Masuk Hospital Dah” Yazid Search Bagi Tanda Dia Akan Pergi Selamanya