Tak Tahan Tahi Cicak Banyak Di Rumah? Ini 8 Petua Paling Senang Nak Elakkan Cicak Masuk Ke Rumah

Kewujudan cicak di rumah seringkali membuat kita jijik dan kesal kerana tahi cicak yang sering mencemarkan rumah, cicak boleh suka menghampiri makanan dan minuman kita.

Lalu macam mana nak menghalau cicak dari dalam rumah atau bilik kita dan membuat cicak tidak balik lagi ke dalam rumah?

8 CARA BERKESAN MENGHALAU CICAK DARIPADA MEMASUKI RUMAH

Anda boleh gunakan cara yang saya nyatakan di bawah ini.

  • SERBUK KOPI

Letak sedikit serbuk kopi ke dalam bekas. Masukkan juga serbuk tembakau dan gaulkan. Ambil pencunkil gigi atau batang mancis dan sapu sedikit gam di atasnya kemudian letakkan serbuk yang telah digaulkan tadi. Letak di tempat yan sering dimasuki oleh cicak dan juga belakang almari. Cicak akan mati apabila memakan serbuk tersebut.

  • LADA HITAM

Dalam satu bekas, masukkan serbuk lada hitam, serbuk cili dan air serta masukkan kesemua bahan tersebut dalam bekas spray. Sembur pada dinding, tingkap dan pintu untuk mengelakkan cicak daripada masuk atau merayap ke dalam rumah anda. Cicak tidak tahan dengan rasa atau
bauan yang pedas.

  • SOS TABASCO

Campurkan air bersama sedikit sos Tabasco dan masukkannya ke dalam botol spray. Sembur bahan tersebut ke belakang almari, rak atau tempat tertutup. Baunya yang tajam akan membuatkan cicak tidak akan berani datang ke tempat semburan itu.

  • BULU AYAM

Cicak secara semulajadinya memang sangat takutkan bulu ayam. Gantung atau letak bulu ayam di sekitar rumah anda. Secara tidak langsung, cicak tidak akan berani mendekati tempat tersebut.

  • KULIT TELUR

Cicak tidak suka bau telur. Letakkan kulit telur di ruang kosong seperti tepi tinka atau pintu untuk mengelakkan daripada dimasuki cicak. Jangan lupa untuk gantikan dengan yang baru selepas 2 minggu digunakan ye.

  • BAWANG PUTIH/MERAH
Artikel Berkaitan   Baru Tahu Rupa-Rupanya Ini Cara Buat Cili Kisar Tahan Lama Berbulan Tak Berkulat

Cicak sangat bencikan bau bawang putih atau merah. Gantung atau letakkan di tempat yang selalu cicak muncul. Anda juga boleh kisarkan bawang dengan sedikit air untuk dijadikan air semburan spray.

  • PLY PAPER

Letakkan ply paper pada bahagian bucu siling dan sudut dinding. Apabila cicak melaluinya, ia akan melekat pada ply paper tersebut. Jadi, dengan mudah anda dapat membuang cicak-cicak yang melekat.

  • PERANGKAP TIKUS

Ramai yang tidak tahu bahawa, perangkap tikus juga boleh digunakan untuk menangkap cicak. Kalau anda tidak percaya, cuba gunakannya dan lihat hasilnya nanti.

Anda haruslah memastikan keadaan rumah anda bersih supaya tiada saki baki sisa makan di dapur ataupun lantai yang boleh menarik perhatian serangga mengerumuninya sekaligus menarik perhatian cicak untuk datang. Pastikan juga pinggan mangkuk yang telah digunakan dicuci dengan segera.

Sumber: islamitupilihanku