Tanam Anggur Di Laman Rumah, Begini Lelaki Ni Kongsi Cara Nak Tanamnya Agar Pokok Hidup Subur!

Dulu mungkin kita merasakan mustahil untuk menanam pokok anggur di rumah sendiri. Ini memandangkan sifat semula jadi pokok anggur hidup di negara empat musim.

Pun begitu, kini sudah terbukti anggur boleh sahaja ditanam dan mengeluarkan hasil yang berkualiti sepertimana yang dikongsi oleh saudara Hafiz Husin di akaun facebooknya.


Ujarnya dia baru sahaja menanam pokok anggur sejak tiga tahun yang lalu di sekitar halaman rumahnya yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Berasaskan pengalaman tersebut, dia juga gemar berkongsi info, tip dan cara berkenaan penanaman dan penjagaan pokok anggur buat yang ingin mencuba menanam anggur.

“Saya sudah 3 tahun dalam penanaman anggur dan melakukan sekadar hobi untuk memanfaatkan ruang tepi rumah. Selain anggur, saya juga ada menanam sayur-sayuran lain


Jadi kali ini saya belanja tips penyediaan media tanaman anggur cara saya. Sebenarnya saya tak ada la tahu sangat teknik yang betul. Tapi macam ni lah yang saya buat setiap kali tanam pokok anggur. Harap bermanfaat.

Langkah 1 : Mula-mula korek lubang kira-kira dua kaki

Langkah2 : Sediakan adunan tanah seperti ini


Kalau tanah atas sahaja bimbang nanti lama-lama tanah jadi keras, aliran air jadi tidak sempurna. Bila akar terlalu lembab, boleh busuk akar. Pasir itu penting supaya air boleh meresap cantik terus ke bawah tanah.

Langkah 3 : Sediakan tinja kambing yang sudah reput dalam 1 bekas.


Ekstra info : Tinja ayam tidak digalakkan sebab tinja ayam mudah naik kulat. Nanti akar anggur tidak berapa sihat. Jadi masukkan tinja kambing tersebut ke dalam lubang.


Langkah 4 : Seterusnya masukkan kesemua adunan tanah yang telah digaul ke dalam lubang.


Langkah 5 : Beginilah rupanya adunan tadi. Biarkan dulu tanah ni dalam 7-14 hari untuk ‘menyejuk’. Tujuannya supaya media terkomposisi dengan sempurna. Atau jika nampak anak-anak rumput mula tumbuh di atas permukaan media, ia membawa petanda anak pokok anggur sedia untuk dipindahkan.


Langkah 6 : Setelah cukup tempoh 1-2 minggu, korek semula lubang dan gunting bahagian belakang polibeg anak pokok anggur. Masukkan anak pokok sekali dgn polybag ke dalam lubang


Langkah 7 : Kambus tanah di celah-celah luar polibeg yang berongga dan siram. Sudah siap.


Ekstra Info : Jangan siram kerap sangat ye musim-musim hujan ni. Agak-agak tanah macam nak mengering baru siram. Sebab akar anak anggur sangat sensitif dengan udara yang berlebihan.


Tidak perlu buang polybang, nanti akar keluar di bahagian bawah dan akan sangat banyak merayap terus ke bawah. Tujuan tak buang polybag tu supaya semua akan berkembang jauh ke dalam tanah. Pemerhatian saya, kalau buang polybag tu, nanti akar banyak berkumpul main-main kat tepi bahagian atas sahaja.

Sumber : Hafiz Husin II Via Keluarga