Taufan Usman Dijangka Landa Filipina, Hujan Lebat Di Sabah dan Sarawak
Rakyat Sabah dan Sarawak disarankan berjaga jaga kerana Taufan Usman dijangka melanda Filipina dan hujan lebat dijangka berlaku di sesetengah kawasan di Sabah dan Sarawak.
Menurut amaran yang dikeluarkan pada 28 Disember lalu, amaran cuca waspada itu dikeluarkan ke beberapa buah daerah dan negeri termasuk Sibu, Bintulu, Kota Kinabalu dan Kudat.
Tular juga beberapa perbualan di whatsapp yang menyatakan bahawa buat pertama kalinya sebuah taufan bergerak ke arah selatan. Dijangka juga ombak setinggi 9 meter akan terjadi.
Taufan Usman Dijangka Landa Filipina, Hujan Lebat Di Sabah dan Sarawak
Kedutaan Malaysia di Manila juga mengeluarkan kenyataan meminta agar rakyat Malaysia berhati hati dan turun memaklumkan no yang perlu dihubungi jika ada insiden yang tidak diingini.
Jika anda tinggal di kawasan kawasan seperti yang dinyatakan oleh Jabatan Mateorologi Malaysia, kami sarankan anda untuk bersiap sedia dengan segala kemungkinan dan juga kurangkan aktiviti di luar terutamanya jika hujan lebat – Sumber Asal: Iloveborneo.my