Sedap Tauhu Berlauk ni. Cicah pula dengan Sambal Kicap, lagilah padu. Petua untuk rasa lebih kaw, tauhu haruslah dikukus dahulu baru dicelup telur dan digoreng. Memang padulah rasanya. Terbuat banyak? Boleh juga sejukbekukan dan goreng bila-bila yang diperlukan.
Boleh juga dijadikan bekal anak ke sekolah, bekal ke pejabat ataupun dijadikan menu potluck. Jom cuba resipi Tauhu Berlauk perkongsian saudari Norishah Nordin ni. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK TAUHU BERLAUK SEDAP
BAHAN-BAHAN :
- 4 keping tauhu
- 2 tiub tauhu telur
- Daging Kisar – (goreng tanpa minyak. Tak goreng dulu pun tidak mengapa)
- 2 biji telur
- Lobak merah – hiris halus
- Daun sup – hiris halus
- Daun bawang – hiris halus
- Cili merah – hiris halus
- Serbuk Lada sulah
- Serbuk Lada hitam
- Garam
- Serbuk perasa
CARA MEMASAK :
1.Kisar tauhu, tauhu jepun dan telur hingga halus.
2. Kemudian satukan kesemua bahan kisar dengan daun sup, daun bawang, lobak merah, cili merah yang telah dihiris halus. Gaulkan kesemuanya.
3. Masukkan daging kisar.
4. Masukkan serbuk perasa, garam, serbuk lada sulah lada hitam. Gaulkan hingga sebati.
5. Masukkan ke dalam acuan. Kukus selama 20-30 minit.
6. Keluarkan dari pengukus dan biarkan sementara. Boleh disejukbekukan atau goreng terus.
7. Jika mahu terus dinikmati, celupkan tauhu dengan telur untuk digoreng. Siap dan sedia dinikmati bersama Sambal Kicap.
RESIPI SAMBAL KICAP JOHOR
BAHAN-BAHAN:
- Cili padi
- Bawang putih
- Sedikit gula
- Kicap
CARA MEMASAK :
- Tumbuk cili padi, bawang putih, gula hingga lumat.
- Akhir sekali, masukkan kicap. Sebatikan.
Kredit resipi & foto: Norishah Nordin