Adakah anda mempunyai nama panggilan pada kucing peliharaan anda? Jika YA, adakah kucing anda itu memberikan respon setiap kali anda memanggilnya?
Menurut kajian, kucing mempunyai keupayaan untuk mengingat namanya sendiri tetapi mereka lebih suka memilih untuk tidak mengendahkan panggilan nama mereka itu.
Kajian yang dijalankan Sophia Universiti di Jepun oleh Dr. Atsuko Saito menunjukkan, kucing memberikan respon dengan menggerakkan kepala atau telinga apabila nama mereka dibaca di antara tiga perkataan lain yang sama panjangnya.
Dan tiada tindak balas ditunjukkan selepas perkataan lain dituturkan.
“Terdapat banyak kajian tentang keupayaan anjing untuk berkomunikasi dengan manusia. Kami fikir ini adalah penting untuk menunjukkan keupayaan kucing pula.
“Ramai pemilik kucing tahu bahawa kucing memahami nama mereka sendiri.
“Kucing memahami isyarat yang diberikan oleh manusia jauh lebih baik daripada apa yang kita fikirkan,” kata Dr Atsuko Saito.
Kajian terdahulu juga pernah menunjukkan reaksi daripada haiwan lain seperti anjing, ikan lumba-lumba, dan burung kakak tua, terhadap komunikasi yang disampaikan oleh manusia kepada mereka.
Sumber: Mirror