Tidak “Faham” Apa Yang Telah Berlaku, Fendy Bakri Tak Sangka Sudah Bergelar Suami

PELAKON yang dikenali menerusi drama bersiri Mr Grey, Fendy Bakry, 32, yang melangsungkan pernikahan di Shah Alam, kelmarin seperti tidak percaya dia kini sudah bergelar suami orang.

Fendy menerusi Instagram meluahkan perasaannya yang dia tidak pernah terlintas untuk mendirikan rumah tangga lebih awal.

Menurut Fendy, pada awalnya dia merancang untuk membina empayar sendiri terlebih dahulu sebelum menamatkan zaman bujang.

“Sungguh tak disangka yang saya jadi suami orang. Tak pernah terlintas di fikiran. Dulu, selalu cakap, ‘Ah! Nak bina empayar dululah baru kahwin,’.

“Sebenarnya, dalam kita sudah berumah tangga pun, kita boleh seiring untuk membina kerjaya sama-sama. Apatah lagi untungnya sebab ada tulang belakang yang kuat,” tulisnya.

View this post on Instagram

Terima kasih pada yang memberi ucapan dan doa kepada sy dan isteri.. Begitu juga kami insan biasa juga mendoakn kesejahteraan buat anda semua.. Semoga kita semua berada didalam lindungannya inshaAllah aamin.. . Sungguh tidak disangka yang sy jadi suami orang hahahaha.. Tak pernah terlintas difikiran.. Dulu selalu cakap “ah nk bina empayar dulu la baru kawin”.. Sebenarnya dalam kita sudah berumahtangga pun kita boleh seiring untuk membina kerjaya sama2..apatah lagi untungnya sebab ada backbone yg kuat kihkih.. . Owh pot pet plakkan hahaha..😅 . Last minute punya persediaan weh😱😱 . alhamdulillah @ehfanibrahimofficial sudi membantu untuk menyediakan busana bt kami berdua..🕺🏽💃🏽 Sememangnya hasil dia telah sy beri kepercayaan selama 9 tahun.. lama wooo guna khidmat dia hihi.. . Makeup plak dari @firz_razali .. sememangnya kalau sy g event memna pun sy akan guna khidmat dia.. Mula2 dia akan mak esahkn muka sy pastu bru dia makeup.. hahahaha lawak ja.. ( Hampa bukan leh kira,ambk serius ). . Owh.. photo plak dari saudara @ohhfiras .. Brader nie sy duk bwh meja pn dia masuk bawah meja hahahahaha.. . Apa2 terima kasih mendoakan sy.. terutama @fendynisme yang sentiasa ada.. teruskn support kerjaya sy sebagai seorang ank seni.. kerjaya sy seiring dengan sokongan anda semua.. Semangat anda sy tumpang untuk terus berkarya.. Love u lahhhh!!! . Terima kasih semua..

A post shared by Fendy Bakry (@fendybakry) on

Dalam hantaran terbarunya itu juga, Fendy atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri mengucapkan terima kasih kepada semua yang menitip ucapan dan mendoakannya serta pasangan.

“Terima kasih kepada yang memberi ucapan dan doa kepada saya dan isteri. Begitu juga kami, insan biasa juga mendoakan kesejahteraan buat anda semua. Semoga kita semua berada di dalam lindungan-Nya. Insya-Allah, amin,” tulisnya.

Kelmarin, Fendy dan pasangannya yang dikenali sebagai Ayu, 27, diijabkabulkan dalam majlis akad nikah di Dewan Setia Alam, Shah Alam.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   Ibu Anak Tiga Ini Kongsi Rahsia Macam Mana Nak Jadi Isteri Settle Keje Rumah Semua Dan Kurus Bergaya