Time Open House Ni Ramai Yang Akan Datang, Ingat Nak Buat Pulut Mangga Untuk Tetamu

  • 2 cawan beras pulut-rendam 3 jam
  •  1 1/2 cawan santan
  •  1/4 sudu kecil garam
  •  1 sudu kecil tepung jagung
  •  2 helai daun pandan (disimpulkan)
  •  3 sudu makan gula pasir
  •  mangga yg masak ranum secukupnya
  1. Panaskan pengukus terlebih dahulu, kukus beras pulut hingga setengah masak,
  2. Kemudian masukkan 1/2 cawan santan yg telah dicampur dengan garam.
  3. Letak daun pandan sekali dan kukus pulut sehingga masak.

Untuk kuahnya:

  1. baki 1 cawan santan tadi dimasak bersama daun pandan, gula pasir.
  2. Bila agak mendidih masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
  3. Bila agak pekat tutup api.
  4. Sendukkan pulut ke dalam mangkuk atau pinggan,
  5. Tuang kuah santan dan hidangkan dengan hirisan mangga.
  6. Selamat mencuba.
  7. Sedap dimakan sejuk..
(Visited 57 times, 1 visits today)