Rupanya ada tips goreng ikan keli supaya tidak meleleh, tidak hancur dan lurus elok selepas digoreng. Kalau ikut tips ini, ikan juga tidak akan datang selepas siap digoreng.
Selalunya asyik beli saja kan? Kalau goreng sendiri risau ikan meletop terpercik pada muka. Selepas ini boleh cuba goreng sendiri di rumah menggunakan tips di bawah. Dijamin takkan takut dah!
Tips Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup
1. Basuh ikan dan rendam dengan tepung gandum. Cuci dan sental sehingga lendir pada ikan hilang. Jangan sampai hancur pula.
2. Kemudian, gaul ikan keli dengan garam, kunyit dan tepung jagung. Sukatan mengikut kuantiti ikan. Gaul sehingga rata.
3. Sementara itu, panaskan dahulu minyak. Bila dah panas, letakkan 2/3 potong halia (tak perlu buang kulit).
4. Goreng ikan keli sehingga masak dan garing.
Resepi Ikan Keli Masak Serai
Bahan-Bahan:
Halia*
Kunyit*
Serai*
Bawang merah*
Bawang putih*
Lada besar*
Lada kecik*
Gula
Garam
Cara-Cara:
Kisar atau tumbuk bahan yang bertanda (*).
Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi. Masukkan garam dan gula,
Gaul sampai agak kering atau pecah minyak. Then masukkan ikan yang digoreng tadi.
Gaul rata, tutup api dan siap!
Kredit: Zur Ain Salim Via MyResepi