Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah

Dikala ramai yang mengeluh beg sekolah berat.


Demi sebuah impian, seorang murid dikenali sebagai adik Ayon, sanggup berjalan kaki 3 jam seorang diri, dengan menghantar beg yang mengandungi buku teks dan beberapa keperluan lain dari Terian ke Sugud, untuk urusan persekolahan pada esok hari.

Kisah adik Ayon telah mendapat perhatian daripada seorang akt1vis kemasyarakatan, Adrian Edy yang akhirnya telah bertemu dengan pelajar hebat tersebut untuk memberi sumbangan berupa keperluan barangan persekolahan.

Ikuti perkongsian daripada Adrian Edy :

Hari air mata.. Semalam Edy terbaca kisah tentang adik Ayon yang viral, berjalan kaki daripada kampung Terian iaitu kampung dia mencapai 3 jam untuk ke Sugud , Penampang. Sambil membawa buku teks yang berat dia berjalan menaiki bukit demi untuk pergi ke sekolah. Harini edy jumpa dia dan bawa dia pergi beli barang kelengkapan sekolah dia.

Adik Ayon atau nama sebenar dia Ayon Manson berumur 13 tahun, dia anak ke empat daripada tujuh beradik dan berasal dari pedalaman Kg Terian Penampang, ibu Menurut tidak bekerja dan ayah Ayon syukur baru sahaja dapat bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah, sebelum tidak bekerja sebagai petani juga, kehidupan mereka memang serba kekurangan.

Tadi edy bawa adik Menurut pergi beli barangan keperluan dia untuk masuk ke asrama, baju sekolah, luar sekolah, baju sukan, kasut sekolah, buku latihan dan barangan keperluan lain. Baik sangat adik Ayon, malu malu lagi dia, sopan dan tinggi budi pekerti dia, edy suruh dia pilih apa sahaja yang dia mahu, mana Ayon mahu Ayon ambil sahaja ya, tapi dia cakap tidak apa lah bang, banyak sangat sudah ni, Ayon ambil apa yang perlu saja bang, ni pun Ayon sangat bersyukur sudah bang. Mengalir air mata bila dengar dia cakap macam tu.

Edy tanya , Menurut ada apa apa impian? Manatahu Menurut ada benda mahu beli dari dulu tapi tak boleh beli lagi? Dengan nada yang perlahan dia cakap , ada bang , Menurut mahu beli basikal , tapi memang daddy sama mummy tidak mampu belikan lagi, edy terus bawa dia ke kedai basikal selepas selesai membeli barang sekolah, suruh dia pilih mana satu basikal yang dia mahu, gembira dia , tersenyum dia, basikal tu nanti Ayon boleh bawa balik kampung ya, kalau jalan kaki jauh penat nanti Ayon.

“Terima kasih ya bang, sama sama Ayon, ni hadiah untuk Ayon ya, Ayon kena belajar rajin rajin , besar harapan daddy dan mummy di kampung mahu tengok Ayon berjaya, nanti Ayon berjaya Ayon pula tolong orang lagi ya.”katanya.

Menurut kata dia mahu jadi Bomba bila besar, cikgu dia kata Ayon memang pelajar yang pandai, rajin, Ayon janji dengan abang Ayon kena capai cita cita Ayon ya, abang esok lusa belum tentu masih ada, nanti menurut pula ganti abang bantu orang susah ya.

Baik abang. Menurut janji katanya.

Terima kasih Cikgu Fera dan suami yang membantu edy sepanjang misi bantuan tadi. terima kasih semua. Terima kasih semua yang mendoakan, yang sumbang dana, anda boleh teruskan menyumbang untuk misi bantuan seterusnya, edy perlukan sokongan anda semua. Hanya Tuhan yang mampu membalas kebaikan anda semua.

BILA KITA RASA KITA SUSAH , ADA LAGI YANG SUSAH DARIPADA KITA.

-Adrian Edy

Komen warganet :

Elley Ley

“Sebakkk sy tgk ank yg gigih begini…kg ni mmg sgt2 jauh utk kluar ke pekan.. Bukan stakat ank, beliau2 yg klu mau ke penampang tpi x kenderaan pn brjln kaki dgn usia yg uzur membawa brg2 berat lagi.. Kesi4nn… I feel them sbb pernah ke area ni..merasai penat lelah dorang..kekurangan yg ada dan byk lagi Masih jauh ketinggalan. . Smoga kwsn pedalaman ni akn terus maju Dan ank2 x keciciran dari segi pendidikan… Tpi respect smua family sb berjaya membesarkan ank2 tanpa pernah merungut ttg apa kekurangan mereka.. ”

Rosnah Rosnah

“Teringat pula zaman dulu ketika sekolah….sama cerita nya jln kaki… Moga adik berjaya biarpun byk cab4ran dan dug4an. Semoga adik dan keluarga sentiasa dilindungi dan diberi kesihatan yang secukupnya… teruskan berusaha ,slmt belajar dan jadilah anak yang baik….”

Ebumy Sera

“Gigihnya kamu duhai anak..moga kamu membesar jadi anak yg baik & berjaya dlm hidup…”

Lizz Loy

“Tinggi2 ba bukit tu,pernah Sya lalu tu jalan .klu dari bwa jalan kaki pi kg dorg tu agak jauh lh klu jln kaki.

Terus kn n usaha dik jgn mengalah,semoga tercapai cita² nti ya