Mengalami kesakitan dan ketidakselesaan kepala adalah perkara biasa yang berlaku kepada ramai orang. Sama ada ia berpunca daripada tekanan, ketegangan otot, selesema atau perubahan hormon, sakit kepala ini akan menjadi serius jika tidak dirawat dari awal.
Penyelidik mendapati kekerapan sakit kepala berlaku sekitar 90 peratus rakyat Amerika. Ubat penahan sakit mungkin dapat melegakan kesakitan buat sementara waktu namun ia juga memberi kesan sampingan. Malah untuk jangka mangsa yang panjang, ubat ini boleh memberi kesan terhadap masalah kesihatan.
Sebagai alternatif, perubatan moden turut menggalakkan pesakit untuk mencuba kaedah “Acupressure” yang telah mula dipraktikkan oleh China sejak 5000 tahun yang lalu. Mereka percaya dengan mengurut titik-titik tertentu pada tubuh ia dapat melegakan tekanan.
Mari kenali dan pelajari 5 titik “Acupressure” tersebut.
1. Sinus
Gunakan hujung jari anda untuk menekan titik “drilling bamboo” yang terletak di antara hujung hidung dan soket mata. Tekan dan urut bahagian tersebut selama 1 minit. Ia dapat melegakan sakit kepala disebabkan keletihan mata.
2. Migrain
Tekan di bahagian tengah antara kening kiri dan kanan selama 1 minit. Gunakan ibu jari anda untuk menekan titik tersebut. Ia dapat melegakan kesakitan kepala.
3. Belakang tengkuk
Tekan di bahagian tengah tengkuk dan urut secara perlahan selama 2 minit. Ia dapat melegakan pening, tekak bengkak, sakit telinga, sakit mata dan hidung berdarah.
4. Sakit kepala berkelompok
Tekan di hujung kening kiri dan kanan dengan menggunakan jari telunjuk dan jari tengah selama 5 saat. Ia dapat mengurangkan sakit kepala.
5. Sakit kepala ketegangan
Tekan titik “union valley” selama 5 saat. Ulang langkah yang sama pada tangan sebelah lagi. Kemudian, urutkan bahu anda selama 1 minit. Ia dapat melegakan sakit gigi, sakit leher, sakit bahu dan sembelit.
Tonton video tersebut untuk melihat bagaimana mereka mengaplikasikan kaedah urutan ini. Anda boleh melakukan aktiviti ini secara sendiri atau meminta bantuan dari orang lain. Selamat mencuba.
SILA TONTON VIDEO DI BAWAH:
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! – Karteldakwah
Sumber: Limauais