Video Anak Beruang Kena Kejar Dengan Anjing Buat Netizen Cuak, Sekali Datang “Mama Bear”

Perkataan ‘Mama Bear’ sering digunakan untuk menggambarkan ibu yang sangat garang dalam melindungi anaknya, seperti mana ungkapan ‘mak singa’ atau ‘mak harimau’ popular dalam budaya tempatan.

Hubungan mak beruang dengan anaknya dikatakan hubungan yang kedua terkuat dalam alam semula jadi selepas orang utan.

Anak beruang biasanya akan berada dibawah jagaan ibu mereka selama lebih kurang 2 tahun untuk mempelajari kemahiran ketahanan hidup yang penting.

Hubungan ini dapat dilihat dengan jelas dalam sebuah video TikTok yang telah meraih perhatian ramai, di mana seekor anak beruang dilihat sedang melarikan diri dari dua ekor anjing yang sedang mengejarnya.

Dalam video yang dirakam di halaman belakang rumah, anak beruang tersebut yang lebih kecil dari 2 ekor anjing dewasa berkenaan sedaya upaya cuba melepaskan diri dari cengkaman musuhnya itu dan apabila sampai di pagar anak berunag tersebut cuba memanjat dengan cemas.

Namun dia ditarik ganas oleh anjing-anjing itu sehingga dia terjatuh dan tidak dapat melarikan diri. Mujur ketika nyawanya dalam bahaya, tiba-tiba muncul ibunya dari semak di sebalik pagar yang melompat keluar dengan marah dan mengejar anjing-anjing yang cuba menyakiti anaknya itu.

Kedua-dua anjing itu lari bertempiaran sementara anak beruang tersebut mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri ke atas pokok.

Adegan tersebut membuat rata-rata netizen kagum dengan sikap mama bear itu yang sangat protektif terhadap anaknya.

kredit HCL

Artikel Berkaitan   “Lihatlah Apa Yang Berlaku , Kerana Ketelanjuran Satu Dua Orang Manusia Yang Memakai Topeng Pendakwah Akhirnya Merosakkan Nama”