
Kucing merupakan antara haiwan yang menjadi peliharaan sesetengah individu di rumah. Sifat manja dan tidak takut dengan manusia membuatkan haiwan comel ini disenangi tinggal dalam persekitaran orang awam.
Namun, bukan semua kucing bernasib baik seperti kucing-kucing yang dijaga dirumah. Ada juga yang terpaksa mencari rezeki di merata tempat hingga dilanggar ataupun dipukul oleh individu tidak bertanggungjawab.
Jalan menyeret kaki lumpuh, kucing perut kembung derita saraf lepas kemalangan
Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Hafezah Yusof, dia dan beberapa orang teman telah menyelamatkan seekor kucing yang sedang sakit.
Kucing tersebut berjalan hanya menggunakan kaki hadapan kerana bahagian perut dan kaki belakangnya mengalami kesakitan.
Video yang diambil ketika kucing itu berjalan sangat mengundang sebak kerana dapat membayangkan penderitaan yang dihadapi.
Saw this during my first day internship. Nothing I can do bcs I'm broke. The security said anak dia mati dlm perut & tak dikeluarkan lagi and bila dia seret mcm tu wet kat lantai her private part mcm infected kot idk โน๏ธ pic.twitter.com/Lv5byvgHrg
— ๐ฑ๐๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฐ๐ณ๐ช๐ฆ๐ด ๐ด๐ต๐ข๐บ ๐ง๐ฐ๐ณ๐ฆ๐ท๐ฆ๐ณ ๐ฑ๐ (@hafezahyusof) February 7, 2020
Tidak sanggup melihat kucing tersebut terus merana, gadis itu telah membawa kucing tersebut ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan. Ternyata, kucing itu mengalami kerosakkan saraf akibat daripada kemalangan yang dihadapi.
iโm sorry? same cat? pic.twitter.com/smhoK5mqje
— hus ๐ง๐ปโโ๏ธ (@shhizukaa) February 7, 2020
one of my classmates dah call vet utk datang ambik dia dlm bbrapa hari lps , & dr dh check dia tak pregnant , perut dia bengkak && saraf dia rosak sbb dia accident ;( kami dh mintak derma but taksemua org , just sstgh bilik yg sempat ja
Mereka telah bersama-sama membantu kucing itu bagi memastikan ia memdapat rawatan sewajarnya. Walaupun tidak meminta sumbangan untuk menyelesaikan bayaran rawatan haiwan malang tersebut, ramai sanggup menghulurkan bantuan.
Pengguna Twitter itu juga sempat mengucapan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan di tempat belajarnya kerana sudi menghulurkan sedikit sumbangan kepada kucing itu.



Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet yang terlihat posting tersebut turut menyatakan rasa kasihan dengan penderitan kucing itu. Mereka juga dengan sukarela menawarkan sumbangan kepada gadis-gadis tersebut demi memastikan kucing itu mendapat rawatan sewajarnya.
Sumber :ย Hafezah Yusof,ย Shhizukaa