(Video) ‘Mujur takde orang nampak’ – Pemandu Saga langgar Viva sampai terbalik, lari dari tempat kejadian

Kegopohan seorang pemandu Proton Saga keluar dari persimpangan menyebabkan sebuah kereta yang lain mengalami kemalangan.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.28 pagi semalam di lokasi yang tidak dinyatakan, kereta Perodua Viva terbalik setelah dilanggar oleh kereta suspek.

Suspek tidak berhenti dan meneruskan perjalanannya seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Kejadian itu sempat dirakam oleh kamera papan pemuka yang berada di belakang Proton Saga terbabit.

Cabut macam tak ada apa-apa

Aik, selamba macam tu ja bla. Alahaiii…

Posted by PanduLaju.com.my on Tuesday, 20 August 2019

Tidak dapat dipastikan bagaimana keadaan mangsa, namun di media sosial netizen mengecam pemandu Saga terbabit yang tidak bertanggungjawab.

Artikel Berkaitan   31 remaja 'lajak' sampai lokap