[VIDEO] Netizen Geram Pemilik Kucing Biarkan Haiwan Tersebut Di Luar Rumah Semasa Hujan Lebat

Beberapa kawasan di negeri Melaka semalam terjejas selepas dilanda ribut dan hujan lebat yang mengakibatkan banyak harta benda awam rosak teruk.


Dalam kejadian itu juga, tular satu rakaman video yang dikongsikan oleh Persatuan Haiwan Malaysia di Facebook, menunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan pemilik seekor kucing yang hanya membiarkan kucingnya diluar rumah ketika hujan ribut itu berlaku.

Bukan semua kucing bertuan memiliki kebahagiaan. Jika dapat tuan yang tidak berperasaan. Kucing peliharaan bakal melalui kesengsaraan.Jika kucing jalanan dapat melarikan diri tatkala ribut melanda. Kucing peiharaan berasangkar di luar rumah tiada pilihan. Hujan dan panas harus dihadap tanpa kepedulian.Pemilik yang memelihara kucing secara bersangkar dan diletakkan di luar kediaman perlu meneliti risiko tempias hujan dan terikan panas matahari apabila meletakkan sangkar mereka.Insiden ini dikenal pasti berlaku di Taman Pengkalan Jaya, Ayer Molek Melaka. Kes ini kini dalam Pemantauan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka. DVS memiliki Peraturan Penambahbaikan terhadap pemelihara haiwan peliharaan. Menurut pengadu. Keadaan ini bukanlah pertama kali. Ia telah kerap berulang-ulang dan pemilik tetap dengan kedegilannya membiarkan kucing peliharaannya di lur rumah seperti ini. Jika keadaan kucing peliharaan ini masih berterusan terabai walau selepas menerima Notis Penambahbaikan. Akta Kebajikan Haiwan 2015 wajar dikuatkuasakan demi mendidik pemilik yang tidak peka terhadap kebajikan kucing peliharaannya.#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Posted by Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association on Selasa, 11 Ogos 2020

Jelas kelihatan kucing oren yang kebasahan itu kelihatan sangat takut dengan hujan ribut yang sedang melanda, sehinggakan ia terpaksa berpaut pada sangkarnya.

Menurut hantaran berkenaan, insiden itu bukanlah pertama kali berlaku kerana ia berulang-ulang terjadi, menimbulkan rasa marah warganet terhadap pemilik kucing berkenaan.

Kes ini juga telah mendapat perhatian dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka atas sikap tidak peka terhadap kebajikan haiwan peliharaan masing-masing.

kredit era