Wanita Ini Tidak Lagi Ada Selera Makan Gara-Gara Fobia, Hanya Makan Nugget Setiap Hari

Seorang wanita yang juga suri rumah di bandar Midlesbrough, England hanya makan nuget dan kerepek setiap hari disebabkan fobia terhadap makanan lain, sejak empat tahun lalu.

Menurut Daily Mail, suri rumah berusia 26 tahun itu mengalami fobia makanan menyebabkan dia merasa takut untuk makan makanan hingga mengakibatkan gangguan pemakanan.

Michaela Harris hanya makan nuget ayam sejak empat tahun lalu dan akan merasa loya apabila melihat makanan lain.

Pakar menyifatkan masalah ini sebagai Avoidant/Restrictive Food Intake Disorder (ARFID) yang menyebabkan penghidapnya menjadi sangat cerewet untuk memilih makanan.

Akibatnya, wanita ini turun 16 hingga 31 kilogram dalam masa tiga bulan dan berisiko menyebabkannya menjadi buta.

Empat tahun lalu selepas berpisah dengan pasangannya sebelum ini, beliau tidak lagi makan dan minum seperti biasa, hingga menyebabkan gangguan makanan ini menjadi serius sehingga kini.

kredit era

Artikel Berkaitan   2 Minggu Berlalu, Mawi Menghadapi 2 Kematian Dalam Keluarganya Tetiba Ditahan Wad Pula “Saya Sentiasa Ingat Mati”