Wahai Isteri Jangan Cemburu Suami Akan Dapat Bidadari Di Syurga, Inilah Makam Anda Di Syurga Kelak!

Banyak persoalan daripada kaum wanita terutamanya golongan isteri tentang “Jika suami mereka diganjarkan syurga dan bidadari, maka adakah di syurga kelak mereka tidak akan bersama?”

Ada juga persoalan yang timbul mengenai situasi di dalam syurga antara suami isteri. Menurut jumhur ulama, jika suami dan isteri menjadi penghuni syurga dan diganjarkan bidadari, maka taraf isterinya adalah lebih tinggi, iaitu ketua kepada bidadari syurga tersebut. (Riwayat Imam Al-Qurtubi)

Malah ada beberapa dalil yang menyebutkan bahawa segala permintaan wanita akan dikurniakan dan taraf mereka adalah lebih tinggi berbanding bidadari.

Jika ahli keluarga anda mempunyai amalan yang soleh di dunia ini, maka mereka akan diganjarkan di syurga. Mereka akan berkumpul kelak dengan dikurniakan nikmat yang tidak terhitung di akal.

“Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.”  

Surah At-Thur (ayat 21)

Suami sebagai ketua keluarga, ajaklah isteri, anak-anak dan ahli keluarga untuk sama-sama mengerjakan amalan yang soleh dan mentaati perintah Allah SWT supaya keluarga yang anda bina di dunia ini kekal sehingga ke syurga.

kredit zayan

Artikel Berkaitan   "”Adik”(Buaya) Sentiasa Teman Ketika Menonton Televisyen Dan Menyiapkan Kerja Sekolah, Malah Turut Tidur Di Katil”