Walaupun Terlantar Di Hospital, Cikgu Ini Tetap Tunaikan Tanggungjawabnya Menanda Kertas Peperiksaan. Hebat!!

Tidak keterlaluan rasanya jika dikatakan cikgu adalah antara orang yang tidak berkira dalam melaksanakan tugasnya.


Kadang-kadang cikgu juga melakukan sesuatu di luar bidang kerjanya seperti menguruskan pelajar tahun 1 yang terbuang air kecil di dalam seluar, mengadakan tuisyen di rumah tanpa mengenakan sebarang bayaran, menjawab soalan dari pelajar melalui sistem pesanan ringkas dan pelbagai lagi.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah berkongsi gambar seorang guru yang dilihat begitu gigih menanda kertas peperiksaan ketika terlantar di hospital. Walaupun cikgu itu sakit dan perlu berehat namun dia telah menggunakan masanya untuk menanda kertas peperiksaan pelajar-pelajarnya.

Twitter

Menurut atau nama sebenarnya Khairunnisa Wae Arsi, 18, cikgu Shahrul Nizam Hussin yang merupakan bekas guru sekolah rendahnya itu dimasukkan ke Hospital Gerik, Perak.

Cikgu Nizam yang mengajar subjek Bahasa Melayu di SK Sri Adika Raja, Gerik dikatakan sangat komited dengan tugasnya sebagai guru. Dia sentiasa mengambil berat mengenai pelajar-pelajarnya dan sering mengadakan kelas pagi, petang dan malam demi mendidik mereka.

Melihatkan bekas cikgunya yang begitu gigih menanda kertas peperiksaan membuatkan Khairunnisa sebak. Khairunnisa telah berkongsi kisah itu di media sosial dan ramai netizen simpati dan turut mendoakan agar kesihatan cikgu itu kembali pulih.

Twitter

Syukur, Cikgu Nizam dibenarkan keluar dari hospital pada 2 April. Terima kasih atas pengorbanan yang cikgu lakukan walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Sumber: TWITTER | @nisxwxexrsi mStar