Wanita Cantik Biasanya Tidur Sebelum Jam 11 Malam – Pakar Kulit

Jika anda mempunyai masa tidur selepas jam 11 malam, besar kemungkinan anda harus menukar tabiat tersebut secepat mungkin.

Menurut seorang pakar kulit, Geoff Wright beliau berkata, badan manusia mempunyai ‘jam biologi’ dimana kulit akan melembap dengan semula jadi bermula jam 8 malam hingga 11 malam setiap hari. Manakala jam 11 malam hingga 3 pagi pula adalah disetkan kepada waktu penjanaan semula sel-sel kulit dan penutrisian.

Ketika jam 11 malam hingga 3 pagi ini, proses penukar gantian sel-sel kulit terjadi dan ia terjadi hanya ketika tubuh badan sedang berehat atau tidur. Jika tidak, proses penukar gantian ini terjadi dengan sedikit dan tidak optimum, malah ia mungkin tidak boleh terjadi, menyebabkan kulit nampak tua dan kusam.

Jadi tidurlah awal dan bangun awal untuk kulit nampak lawo!

Sumber: Shape