Jika berduit, apa sahaja boleh dibeli dan tidak asing lagi dengan duit yang banyak sudah semestinya ramai sekali orang kaya yang membeli kereta mewah seperti contohnya Rolls Royce. Kerana tahap keselesaan dan identiti status itu sendiri daripada mewah ini menjadikannya mempunyai syarat yang ketat bagi orang yang ingin mengemudinya.
Baru-baru ini, ada seorang wanita yang sangat kaya raya yang menawarkan satu peluang pekerjaan sebagai pemandu peribadi dengan gaji sekitar RM35,000!
Wah! Dia mempunyai kereta mewah bernilai RM4 juta! Apabila melihat tawaran menggiurkan ini, ramai orang yang mencuba nasib untuk melamar pekerjaan ini.Wanita Tawarkan Gaji RM35,000 Sebulan Untuk Jadi Pemandu Peribadi Dengan Syarat
Namun, tidak ada satu pun orang yang mampu memenuhi syarat sebagai pemandunya! Walaupun wanita kaya ini hanya ingin mencari pemandu yang mampu mengendalikan kereta Rolls Royce berharga RM4 juta ini.
Namun syarat pertamanya adalah berkebolehan mengendai kereta dengan stabil dan ketika di ‘rem’ tidak boleh bergerak kepala.
Menghadapi kereta mewah seperti Rolls Royce ini, sangatlah susah untuk berdiam kaku dalam waktu lama ketika menginjak pedal minyak atau ‘rem’.
Syarat kedua pula adalah harus memahami kemahuan dari penumpang. Perlu membuka pintu dan tidak boleh membiarkan penumpang terhantuk pintu.
Perlu menyimpan kelengkapan penumpang di bagasi kereta, tidak boleh bercakap dengan penumpang dan tidak boleh melihat ke arah penumpang.Wanita Tawarkan Gaji RM35,000 Sebulan Untuk Jadi Pemandu Peribadi Dengan Syarat
Syarat ketiga ialah perlu mahir berbahasa Inggeris kerana kebanyakan akan berjumpa dengan tetamu asing. Akan menjadi masalah jika pemandu tidak boleh berbahasa Inggeris.
Penumpang perlu merasakan dia mempunyai pemandu yang berkualiti tinggi.
Syarat keempat pula ialah, pemandu harus mempunyai ‘skill’, penampilan harus tampan. Jika penumpangnya adalah wanita, perlulah berkebolehan melindungi mereka daripada sebarang ancaman.
Gambar dibawah ini ialah wanita yang merekrut pemandu dengan gaji RM35,000. Anda mesti sudah boleh menjangkakan daripada gambarnya sahaja bahawa wanita ini semestinya seorang yang berduit bukan?Wanita Tawarkan Gaji RM35,000 Sebulan Untuk Jadi Pemandu Peribadi Dengan Syarat
Untuk syarat-syarat kerja pemandu lengkapnya yang lain adalah seperti berikut:
1. Mengetahui etika dan telah mengikuti latihan khusus.
2. Mempunyai Lesen dan perlulah cekap dalam pemanduan dan mengetahui aspek keselamatan. Ini juga perlu melalui latihan khusus.
3. Mahir berbahasa inggeris, boleh bertutur dalam bahasa harian.
4. Harus taat, mendengar arahan tuannya dan ini perlu melalui latihan khusus untuk memenuhi standard ini.
5. Mempunyai kemampuan untuk menjaga keselamatan. Ini juga perlu melalui proses latihan yang khusus.
Nah, apa tunggu lagi, jika anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan wanita tersebut, boleh la cuba apply.