Cara Buat Homemade Sos Cili Thai. Sos Pencicah Pedas, Masam Manis Memang Terangkat!

Kalau makan keropok, jemput bawang atau ikan bilik memang tak sah kalau tak pencicah ni.

Rasanya pedas, masam dan manis memang sedap. Kalau biasa beli saja sos ini rupanya boleh saja nak buat sendiri sebab caranya senang sangat macam yang dikongsi oleh Sumaiyah Abdullah

Resipi boleh buat sambil goyang kaki

Kali ni nak kongsi resipi sos pencicah pulak. Resepi sambil goyang kaki je. Tak susah pun. Pedas, masam manis. Ofkos menyengat setiap kali masuk mulut.

Sesuai untuk cicah keropok, ayam bakar, udang dan sotong celup tepung, kerang rebus dan lain-lain. Ala, macam sos pencicah yang kat kedai tom yam tu la.

Bahan-bahan:

  • Cili besar dan cili burung
  • Bawang putih
  • 1 cawan gula organik
  • 1 sudu besar garam pink
  • 1 sudu besar cuka
  • Sos ikan(tak masuk pun takpe)
  • 1 sudu tepung jagung untuk memekatkan.

1. Kisar cili bersama bawang putih yang dipotong kasar

2. Jangan terlampau halus sebab kita nak ada kepingan cili tu.

3. Dalam periuk, masukkan air, gula, garam, cuka dan sos ikan.

4. Kemudian masukkan cili kisar tadi.

5. Masakkan atas api yang sederhana besar sehingga menggelegak. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air.

6. Tunggu sehingga sejuk dahulu baru masukkan dalam botol.

7. Yang dah siap masuk botol. Recycle je botol sos yang dah habis.

Sumber: Sumaiyah Abdullah

(Visited 210 times, 2 visits today)