4 Penyakit Utama Durian & Pengurusan Perosak Durian Yang Wajib Anda Tahu

Pengurusan Perosak Durian & Penyakit- penyakit utama bagi durian adalah seperti berikut :

1. Kanker batang


(Phytophthora palmivora) Lelehan berwarna coklat keluar dari nekrosis dipangkal batang dan juga boleh menyerang dahan dan akar. Daun yang diserang menjadi coklat dan mati Kikis kulit batang yang dijangkiti dan sapu dengan bahan aktif metalaksil (Ridomil) atau fosetil aluminium ( Aliette)

2. Hawar daun


(Rhizoctonia solani) Daun yang dijangkiti menjadi perang dan gugur Guna racun kulat benomyl 0.03% a.i.

3.Cendawan angin


(Corticum salmonicolor) Ranting yang dijangkiti dipenohi dengan maicilia merah jambu Jangkitan terok daun akan gugur dan ranting akan mati Guna racun kulat berkuprum seperti copper oxychloride a.i. 0.1%.

4. Kulapok Hitam


(Meliola sp.) buah dan boleh mengganggu proses fotosintesis pada daun dan pada buah kelihatan kotor dan tidak menarik . Guna racun kulat maneb @ 0.1 % a.i. Guna white oil untuk mengawal thrips.

Semoga bermanfaat & Selamat berkebun.

Kredit: PPDM KEDAH