“5 Beranak Melalui Detik Yang Paling Menyedihkan Bila 20 Orang Berparang Mengepung Rumah Mereka Dan Menetak”

Lima beranak terpaksa melalui mimpi ngeri apabila rumah mereka dikepung lebih 20 lelaki bersenjatakan parang yang kemudian menetak tiga daripadanya hingga mengalami kecederaan dalam kejadian di Kampung Kuala Temekah dekat Kuala Ketil di sini semalam.

Kejadian pada pukul 1.40 pagi itu berlaku ketika keluarga R. Mogan, 54, sedang tidur di dalam rumah tersebut. Mogan merupakan orang kelainan upaya.

Mengimbau semula kejadian itu, Mogan berkata, dia terus terjaga sebaik terdengar bunyi bising apabila cermin tingkap rumahnya pecah selain kereta dan motosikal miliknya turut dirosakkan.

Artikel Berkaitan   "Selama Ini, Beliau Mengambil Sikap Berdiam Diri Dan Menutup Mata Tetapi Semakin Hari Mereka Semakin Berani Memfitnah”