Video Sikat Bulu Kucing Guna Sapu Tangan “Wow, Siap Boleh Buat Topi Lagi” Buat Ramai Geram

Sebagai pemilik kucing, anda pastinya berasa pening apabila memikirkan bulu kucing kesayangan yang semakin hari semakin banyak yang gugur. Bukan itu sahaja, kita juga turut bimbang sekiranya si comel kesayangan jatuh sakit atau mengalami kemurungan gara-gara perkara tersebut.

Ditambah dengan terpaksa menguruskan bulu-bulu ini setiap hari, kita makin bertambah buntu. Oleh itu, salah satu caranya adalah dengan menyediakan sarung tangan khas untuk menyisir lebihan bulu seperti di dalam video ini.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter yang dikenali sebagai @catsofinstagram dimana terdapat seekor kucing gebu yang berwarna oren kehitaman. Menerusi Tweet berkenaan, kucing itu kelihatan sedang disikat oleh tuannya menggunakan sarung tangan tersebut.

Namun lain pula yang jadi apabila lebihan bulu tersebut telah dijadikan sebagai topi buat kucing terbabit. Lebih melucukan apabila kucing tersebut kelihatan seperti kucing Mexican dan bersikap selamba memakai topi berkenaan.

Rata-rata warga netizen berasa terhibur setelah melihat gelagat kucing itu menerusi video terbabit di samping terdapat segelintir warga netizen yang turut berkongsikan foto kucing masing-masing.

Video yang berdurasi selama 17 saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 11 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan.

kredit HCL

Artikel Berkaitan   Suami Yatt Hamzah Ditahan Di Mesir Kerana Mahu Masuk Gaza, Walaubagaimana Yatt Bersyukur. Ini Sebabnya