Video Viral Spesis Rusa, Moose Berlari Atas Sungai Dalam Cetus Tanda Tanya, Beberapa Netizen Buat Andaian

Kebanyakannya dapat dilihat di US, moose merupakan spesis rusa terbesar di dunia dengan ketinggian sekitar 6.5 kaki dan berat mencecah 800 hingga 1,200 paun. Saiznya yang gergasi dan jauh lebih besar dari kuda itu membuatkan haiwan tersebut kelihatan megah dan takut untuk dihampiri walaupun ia tidak berbahaya kepada manusia.

Dengan saiznya itu juga, ramai yang tidak menyangka bahawa moose dapat bergerak dengan tangkas. Haiwan itu bukan sahaja pantas di darat di mana ia boleh berjalan sejauh 32 kilometer sejam dan lari sejauh 56 kilometer sejam. Malah ia juga tangkas di dalam air dan boleh berenang berbatu-batu sejam serta dapat menyelam selama 30 saat.

Namun sebuah video yang tular baru-baru ini menunjukkan aksi moose di atas air yang tidak pernah disaksikan oleh sesiapa.

Video yang dirakam seorang pengguna TikTok di Alaska itu menunjukkan seekor moose betina sedang berlari di atas sungai sementara ia dirakam dari dalam sebuah bot yang berada di dalam sungai yang sama.

Aksi moose itu kelihatan seperti ia boleh terapung di atas air membuat netizen keliru dan tertanya-tanya jika ada penjelasan saintifik di sebalik apa yang berlaku.

“Betul ke ni?”

Walau bagaimanapun satu-satunya penjelasan yang masuk akal adalah moose tersebut sebenarnya berlari di atas laluan berpasir yang terdapat di sekitar sungai tersebut.

“Macam mana air cukup dalam untuk bot tetapi moose itu boleh berlari seperti air cetek?”

“Terbang pun dia boleh…”

“Kekuatan kaki dia…”

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   Gara-Gara Terlalu Sayang Untuk Ditinggalkan, Lelaki Ini Beli Tiket Untuk 3 Kucingnya Duduk Dalam Kereta Api