Video Lelaki Terjun Ke Jerung, Lepas Terjun Dengar Dia Menjerit “Ini Idea Yang Teruk, Saya Takut”

Jerung, haiwan pemangsa di laut yang cukup digeruni ramai. Cukup sinonim dengan sifat agresifnya yang digambarkan menerusi filem-filem mengenai haiwan ini, namun sejauh mana reaksi manusia bila berhadapan dengan jerung ketika berada di lautan?

Rasanya memang akan merasa ngeri selepas menonton pelbagai filem berkenaan haiwan ini yang direka oleh manusia sendiri. Biar pun begitu, lain pula halnya dengan seorang lelaki ini. Lelaki tersebut memilih untuk terjun dari bot setelah ternampak haiwan itu untuk berenang dengan jerung!

Berani betul lelaki itu! Video lelaki terjun dari bot untuk berenang bersama jerung ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Reddit. Dalam video itu kelihatan seorang lelaki terjun dari botnya yang mendakwa ternampak seekor jerung dari spesis ‘basking shark’.

"that’s not a basking shark Dude!" from TheOutlawsAssociation

Menurut individu itu jerung jenis itu tidak berbahaya. Namun begitu, lelaki itu bergegas kembali ke bot kerana jerung itu bukan dari spesis yang didakwa di awalnya. Berikut adalah video lelaki terjun dari bot untuk berenang bersama jerung itu: Video tersebut telah meraih perhatian ramai. Rata-rata pengguna laman tersebut yang telah menonton video tersebut terkejut dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

  • “Anda boleh dengar ketakutan dalam suaranya”
  • “Siapa yang nampak jerung dan terjun ke dalam air?…”
  • Walaubagaimanapun ada juga yang berpendapat video tersebut hanyalah pembohongan semata-mata kerana si perakam menggunakan filter untuk menampakkan jerung dalam rakaman itu.

kredit HCL

Artikel Berkaitan   Korang Tahu Tak 13 Mac Ni Hari Tidur Sedunia? Ini Tujuannya. Biasa Apa Yang Korang Buat Waktu Ni?