“Sekali Huru-Hara Terus Hidup Dia. Haha” Video “Si Bulus” Selamatkan 4 Ekor Itik Buat Netizen Geli Hati

Sejak kebelakangan ini, terdapat pelbagai video kreatif yang dikongsikan menerusi laman media sosial seperti Tiktok , Twitter dan Instagram oleh generasi muda. Ada yang menyunting video tarian, nyanyian malah juga menghasilkan drama pendek yang ringkas dan padat.

Pada beberapa hari yang lalu, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter yang dikenali sebagai @FXTVT dimana terdapat individu yang membuat sebuah drama pendek. Menerusi drama itu, ia telah menghidupkan watak kucing sebagai penyelamat kepada anak-anak itik. “Ralat pulak tengok sampai habis”, kata pemilik akaun itu.

Melucukan apabila kucing itu telah dijadikan sebagai watak utama dimana haiwan berkenaan turut bekerja seperti manusia. Lebih menghiburkan apabila secara tidak langsung, kucing itu terpaksa memelihara beberapa ekor itik yang diselamatkan olehnya sehingga mencetuskan keadaan huru-hara seperti yang ditunjukkan melalui video terbabit.

Meskipun ia merupakan sebuah video yang berdurasi pendek, namun tetap mendapat perhatian ramai terutamanya di laman akaun terbabit kerana mengandungi unsur-unsur yang menghiburkan. Kebanyakkan warga netizen bergelak tawa selain daripada memuji kecomelan haiwan-haiwan berkenaan.

kredit HCL

Artikel Berkaitan   “Waktu Umur 14 Tahun Saya Try Syabu Duit Bukan Menjadi Masalah, Saya Cakap Nak Beli Buku, Mak Terus Bagi Tanpa Sebarang Persoalan.”