Demi Membuktikan Kesetiaannya Dengan Syarikat, Wanita Ini Sanggup Minum Air Dari Mangkuk Tandas

Beijing: Gara-gara mahu menunjukkan kepada majikan bahawa dirinya bekerja keras, seorang wanita sanggup minum air dari mangkuk tandas untuk sebagai bukti ia sangat bersih.

The Sun melaporkan, kejadian itu berlaku apabila Luo, mahu menunjukkan betapa dia berdedikasi dalam memastikan tandasnya bersih.

Di dalam satu video, dia dilihat berbual bersama individu lain yang dipercayai ketuanya sebelum mengambil sedikit air dari mangkuk tandas dan meminumnya.

Dia kemudiannya memaklumkan bahawa dengan cara itu, dia dapat membuktikan bahawa dirinya bekerja keras.

Usahanya itu mendapat tepukan daripada mereka yang melihat termasuk pihak atasannya.

Menurut laporan media, kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah kilang membuat baja Shandong, timur China.

Video berkenaan mendapat pujian netizen yang berpendapat sikap Luo itu adalah satu teladan dan menunjukkan dia sangat berdedikasi dengan kerjanya.

Namun ada juga netizen berpendapat bahawa dia seorang yang pengotor dan tindakannya itu hanya sia-sia.

Ia tular di media sosial dan turut dikongsi ramai yang memberikan reaksi mengenai kejadian itu.

Mereka menyifatkan tindakan itu dipaksa dan di luar kehendak Luo dan menyalahkan majikannya kerana membenarkan perkara itu berlaku.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   "Shooting Di Malaysia Ni You Die Baru They Stop Shooting” Patah Gigi, Mata Lebam Tapi Terpaksa Terus Berlakon, Izara Aishah Dedah Sikap Produksi