“Dulu berat saya 63 kilogram (KG). Yes, gemuk dan muka berjerawat. Saya masih ingat dia cakap saya macam gajah dan muka macam jalan tar. Dia tinggalkan saya,” itulah luahan Zahara yang telah menerima pelbagai reaksi dari warga Twitter, lapor The Reporter.
Bercerita tentang pengalaman yang lepas, Zahara mengaku dia pernah dihina sedemikian oleh bekas teman lelakinya dan ketika itu berat badannya 63 kg.
Tidak mahu terus dihina seperti itu, Zahara mengambil inisiatif untuk bangkit semula dan buktikan bahawa dia boleh berubah ke arah yang lebih baik, biarpun tanpa adanya lelaki itu di sampingnya.
“Gambar di sebelah kanan adalah penampilan saya yang terkini. Alhamdulillah, 58 kg. Kalau teman lelaki korang tinggalkan korang, improve diri korang menjadi lebih baik. Jangan sedih-sedih, okey?” tulisnya.
Semuanya bermula apabila Zahara mendapati bekas teman lelakinya itu berlaku curang. Lebih teruk lagi, tanpa rasa bersalah lelaki itu siap membanding bezakan Zahara dengan kekasih gelapnya itu.
“Dia kantoi curang, saya maafkan dia. Dia siap membandingkan saya dengan perempuan yang dia curang itu. Hahaha.
“Itulah, saya pun dah rasa dulu. Saya okey saja, dia yang rasa ‘bagus’,” tulisnya yang redha dan mengambil iktibar dari peristiwa itu.
Berkongsi bagaimana dia berjaya menurunkan berat badan, Zahara menasihatkan golongan perempuan di luar sana perlu tetapkan pada minda mereka untuk berubah dengan bersenam dan menjaga gaya pemakanan.
“Tipsnya, kita kena tetapkan dalam otak yang diri kita mahu menjadi lebih baik, agar dia (bekas) tahu yang kita boleh menjadi lebih baik selepas kena game dengan dia. Barulah dia tahu yang kita boleh hidup tanpa dia. Dengan cara itu, kita akan menjadi lebih rajin bersenam.
“Saya tak makan apa-apa. Saya jogging setiap hari, workout jangan skip. Buat sit up saja, sekurang-kurangnya 30 kali sehari. Minum air yang banyak.
“Untuk penjagaan kulit, saya tidak dapat membantu sebab saya tak pakai skincare ke apa. Tips yang saya kongsikan ini tips dari orang makan hati. Bahaya kalau tak makan apa-apa, setidak-tidaknya makanlah buah-buahan,” tulisnya.
Di antara cara mudah untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengamalkan diet intermittent fasting.
Baca perkongsian penuh di bawah:
IF ialah ‘Intermittent Fasting’. Telah terbukti dalam kajian bahawa PUASA adalah diet terbaik. Bukan nak sangkal pasal Paleo diet, Atkins, Mediterranean, dan lain-lain, tapi in my personal opinion, kita ada sunnah. Ikut lah sunnah. Rasulullah SAW banyak berpuasa, dengan pelbagai sebab. So IF adalah cara terbaik nak bagi tubuh kita rehat.
Nak buat puasa Nabi Daud AS, macam tak mampu. Sebab iman nipis. Setiap hari ada pasar malam, pasar rabu. Macam macam rasa tekak ni nak makan. Macam 20 tahun tak makan. Padahal baru minggu lepas pergi beli. Kan kan? Siapa sentap memang kita sama lah.
IF ini ialah kita bagi perut, usus kita rehat dalam masa 12-14 jam. So terpulang you all nak mula jam berapa. Kalau start 6.30 petang, esok jam 9.30 pagi baru breakfast. Kalau mula 8.30 malam, 11.30 pagi baru start makan/breakfast.
Apa kebaikan IF?
Banyak!
Its also known as “CLOSING YOUR KITCHEN EARLY”
Biar betul doktor?
Betul. Inilah yang saya sudah dan telah jalani selama lebih kurang 10 bulan. Waktu terakhir kami makan malam ialah jam 6.30 petang.
‘Berpuasa’ dalam erti kata berpuasa malam ini, walaupun anda ‘LOAD’ di siang hari anda, akan membantu anda HILANG LEBIH BANYAK kilo!
Di dalam Journal Cell Metabolisme, kajian telah dilakukan ke atas 2 kumpulan tikus yang diberi diet ‘High Fats, High Calories’ untuk 100 hari,
Kumpulan Pertama dibenarkan makan sepanjang hari siang dan malam (healthy, controlled diet) manakala Kumpulan Kedua hanya mempunyai akses selama 8 jam pada waktu siang tetapi boleh makan apa sahaja jenis diet, dan hasilnya menunjukkan:
“Kumpulan BERPUASA 14 JAM iaitu Kumpulan Kedua kekal berat badan dan dengan otot (lean muscles) dan Kumpulan Pertama yang makan & makan selama mahu menjadi OBES walaupun keduanya makan sama nilai kalori yang dibekalkan”
Jadi, cara terbaik untuk BERPUASA 14 /16 jam ialah memulakan SARAPAN anda SEAWAL jam 9.30/10.30 pagi!
Tatacaranya banyak:
As newbie – Kak Siti advice buat 12 jam dulu. Kita boleh start last dinner pukul 6.30 petang, esok breakfast 6.30 pagi. Bila dah okay, buat 14 jam. 6.30 petang dinner dan 8.30 pagi breakfast. Lepas itu, teruskan perjuangan 16 jam. Dinner pukul 6.30 petang, breakfast merangkap lunch pukul 10.30 pagi. Sebaiknya 14-16 jam berpuasa.
It’s flexible. Buat ikut keperluan. Contoh, semalam ada kenduri makan pukul 8.30 malam, esok itu tak perlu breakfast, terus lunch!
Lapar?
In between itu, anda boleh untuk:
- Minum air masak.
2. Minum air garam. Garam bukit 1/2 teaspoon with air mineral.
3. Green Tea.
4. Coffee.
5. Tea.
Nombor 3, 4, 5 semua without sugar or susu ye! Kang Kak Siti cakap tak boleh gula, boleh lah pergi mamak mintak teh sarbat! Abab nanti!
Kemudian, IF ini boleh lah buat EOD dulu iaitu Alternate Day. Satu hari IF satu hari FeedDay! Tapi No Refined Sugar and Processed Food!
Lepas dah okay boleh buat setiap hari.
*IF adalah cara terbaik untuk mengurangkan Insulin Malas/Craving/Ketagihan/Sifat nak mengunyah yang tak habis-habis itu.
kredit yoy