Bangun Tidur Mulut Sebelah Lumpuh, Sukar Untuk Bergerak. Ramai Yang Perlu Tahu Terutamanya Penyakit Selalu Serang Ibu Mengandung

Bell’s Palsy merupakan satu gejala kelumpuhan pada otot wajah yang menyebabkan seseorang itu menjadi kaku.


Berbeza dengan stroke, Bell palsy muncul secara bertahap dan akan menjadi semakin teruk dalam jangka masa dua hingga tiga hari.

Menurut Johns Hopkins Medicine, Bell’s palsy terjadi akibat daripada kerosakkan pada saraf wajah. Kerosakkan ini menyebabkan keradangan yang mempengaruhi saraf yang mengawal pergerakan pada wajah seperti mata, air liur, deria rasa serta pergerakan otot mulut.

Sebahagian besar punca Bell’s palsy adalah disebabkan jangkitan virus, dan sebahagian lagi adalah daripada penyakit keturunan.

Gangguan saraf ini ini secara umumnya boleh menyerang sesiapa sahaja khasnya mereka yang berusia 15 hingga 60 tahun, ibu hamil, penghidap diabetes, influenza dan penyakit pernafasan lain.

Menurut laman WebMD, antara gejala Bell’s Palsy adalah seperti:

  • Salah satu sisi wajah lemah, terkulai atau kaku
  • Separuh bahagian wajah susah memejamkan mata
  • Sebelah bahagian wajah lumpuh sepenuhnya
  • Air liur
  • Sakit di bahagian rahang atau belakang telinga
  • Sakit kepala
  • Lidah kurang peka
  • Mata dan mulut kering
  • Telinga berdengung
  • Susah bercakap
  • Susah makan dan minum

Gejala Bell’s Palsy biasanya akan sembuh setelah tiga minggu, namun ia mungkin memakan masa tiga hingga enam bulan lamanya. Bagaimanapun, rawatan awal mampu menyembuhkan pesakit dan penghidap Bell’s palsy boleh kembali hidup normal.

kredit era