Hati-Hati Dengan Ekor Ikan Pari, Terbaik Abang Pancing Ajar Cara Buang Ekor Pari Dengan Betul, Rupanya Senang Je

Mana-mana nelayan atau kaki pancing tegar di lautan, mesti dah cukup ‘kenal’ dengan penangan duri sengat berbisa yang ada pada ekor ikan pari. Sekali kalau dah terkena, ‘confirm’ akan ingat sampai bila-bila.

Ikan pari yang masih hidup tak boleh dipegang begitu saja macam ikan biasa. Dia kena ada cara tertentu yang selamat daripada terkena bisa tersebut. Orang yang handal macam pengacara Crocodile Hunter, mendiang Steve Irwin pun boleh tumpas terkena sengat, inikan pula kita.

  • Cara cabut sengat ikan pari

Baru-baru ini, jagoan ‘pemburu’ ikan pari yang menggunakan nama akaun Kenik Arif di TikTok ada berkongsi tentang cara selamat nak cabut duri sengat yang ada pada ekor ikan pari. Menerusi video itu, Kenik Arif didapati meletakkan ikan pari tersebut di atas pasir secara meniarap (posisi asal ikan pari). Apabila keadaan sebegini, kita akan nampak duri sengat tu berada pada atas ekornya.

@kenikarif

Reply to @ridwoon share2 guys..semoga bermanfaat buat semua😁..#pemburupariselatan #kakipancing #pari #kakipancing_malaysia

♬ original sound – Kenik Arif – Kenik Arif

Sebab itulah nelayan biasanya akan membaringkan ikan pari dalam keadaan terlentang selepas dibawa naik ke bot, supaya ia tidak dapat bergerak normal dan melibas pemangsanya (kita) dengan ekor yang ada sengat tu. Kenik Arif menjelaskan, gunakan cangkuk besi yang panjang dan tarik sengat tersebut. Paling penting, jangan sekali-kali gunakan tangan. Padah buruk bakal menanti.

Apabila sengat berjaya ditarik dan dicabut dari ekor, kita kena buang duri sengat tu elok-elok ke dalam bekas atau botol minuman. Jangan main campak saja ke pasir, bimbang orang lain terpijak pula nanti. Itu saja caranya. Untuk pemahaman lebih jelas, jom tonton video ini & dengar apa yang dijelaskan Kenik Arif ini. Semoga bermanfaat.

kredit siakap keli

Artikel Berkaitan   “Dia Selalu Beli Buah Tapi Saya Pelik Dia Nak Beli Kain Batik Sebab Banyak Kegunaan Katanya Termasuklah Untuk Kematian, Baru Saya Faham”