“My Dad, My Hero” -Nyna Harizal Beri Ucapan ‘Anniversary’ Buat Ibu Ayah

Masalah rumah tangga bekas peserta Dewi Remaja 2019/2020 iaitu Nyna Harizal dan suaminya Fahmi Ilyas dilihat semakin meruncing apabila Fahmi telah membuat menfailkan tuntutan supaya pelakon itu kembali taat dalam masa 7 hari.

Hal tersebut bermula susulan satu laporan polis yang dilakukan Fahmi selepas isterinya didakwa ‘dilarikan’ keluarga mertua semasa di set pengambaran.

Aktif je dekat media sosial

Sejak dari itu, dia sama sekali tidak dapat menghubungi Nyna walaupun pelakon wanita tersebut kekal aktif memuat naik perkongsian di media sosial.

Selepas tular suaminya membuat sidang media berkaitan isu tersebut, pelakon itu seakan langsung tidak tercuit apabila memuat naik gambar bersama ahli keluarga dengan kapsyen mengucapkan selamat menyambut ulang tahun perkahwinan buat ibu bapanya.

Beri ucapan buat bapa, masih kunci mulut isu rumah tangga

Dalam perkongsian itu juga, Nyna telah meninggalkan kapsyen “My dad my hero” namun menutup ruangan komen daripada terus dihujani persoalan daripada netizen seperti postingnya sebelum ini.

Setakat ini, pelakon berkenaan masih belum membuka mulut berkaitan isu rumah tangganya.

Sebelum ini bapa Nyna, Harizal Hashim  mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan perbuatan menakutkan secara jenayah dengan mengeluarkan sepucuk pistul ke atas seorang bodyguard sewaktu berada di set pengambaran anaknya.

Dia yang dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada 2 November 2021 juga dipercayai bagi membawa ‘lari’ anaknya tanpa pengetahuan menantu.

Justeru itu, suami kepada Nyna telah membuat laporan polis dengan mendakwa mertuanya telah menculik isterinya.

Dia juga mengakui hubungan mereka sebagai suami isteri baik-baik sahaja sepanjang dua bulan usia perkahwinan mereka.

Sumber: Instagram Nyna Harizal

Artikel Berkaitan   Lepas Amalkan Jus Ini, Kencing manis Berkurang, Kolestrol Menurun