Tak Sengaja Akibat Panik, Imam Satu Terlanggar Imam Dua Surau Hingga Maut

Akibat panik terlanggar kenderaan lain ketika mengundurkan kereta yang dipandu keluar dari lot parkir, imam satu Surau Al Hidayah Taman Bukit Kajang, Kajang tidak sengaja terlanggar imam dua sehingga maut manakala seorang lagi jemaah dilaporkan cedera.

Menerusi Harian Metro, pesara guru yang juga imam dua, Hatim Arshad, 78 sedang berada di perkarangan surau selepas selesai menunaikan solat fardu Subuh pagi semalam.

Panik tertekan pedal minyak

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, imam satu yang berusia 76 tahun itu memandu Perodua Myvi sedikit panik selepas terlanggar kenderaan lain sebelum menggerakan kereta ke hadapan dan hilang kawalan.

“Bagaimanapun, imam berkenaan panik lalu menggerakkan kenderaan ke depan sehingga hilang kawalan dan melanggar dua mangsa yang juga pejalan kaki di perkarangan surau.”
“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi jemaah dikenali Muhammad, 76, patah lutut kanan dan pergelangan kaki kiri sebelum dikejarkan ke hospital dengan ambulans,” katanya.

Setakat ini, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, Azman turut menasihatkan orang ramai supaya lebih peka dan berhati-hati ketika memandu walau dimana pun berada.

“Bagi pemandu berusia, mungkin ada keperluan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan demi memastikan kesesuaian untuk memandu,” katanya.

Difahamkan, jemaah yang cedera telah dikejarkan ke hospital dan mengalami patah lutut kanan dan patah pergelangan kaki kiri manakala imam dua meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan), kredit gambar FB Hj Muzafar Abdul Karim

Artikel Berkaitan   Puteri Aishah Selamat Bergelar Isteri Ahli Perniagaan,Wang Hantaran Dirahsiakan