Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice dilaporkan telah selamat menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya hari ini.
Menerusi laporan mStar Online, seorang pengguna laman Instagram @yasserpink berkongsi sekeping foto memaparkan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli serta pasangan mengenakan persalinan serba putih di atas pelamin.
Tahniah ‘brotha’
Malah, foto tersebut turut dikongsi semula oleh penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz yang pasti mengejutkan warganet terutama dalam kalangan peminat Caprice.
Moga perkahwinan diberkati Allah!
Selain itu, mStar Online turut melaporkan ada menghubungi pembantu penyanyi rap berkenaan yang dikenali sebagai Aiman namun dia tidak dapat mengesahkan mengenai berita gembira itu.
Gambar sekadar hiasan
“Saya pun dapat info agak lambat, tak berani nak sahkan betul atau tidak. Tapi kalau orang dah kongsi gambar kahwin dia, maksudnya betul la tu.
“Saya kenal pasangan Caprice tu, dia baik orangnya. Apa yang saya tahu mereka dah berkenalan hampir setahun.
“Azira adalah kenalan rapat Caprice, maksudnya betul la kalau dia repost,” kata Aiman.
Tiada angin tiada ribut, betul-betul mengejutkan! Kena tunggu kenyataan rasmi daripada Caprice. Harap bukan gimik lagu terbaharu pula.
Sumber: mStar Online (Ali Toupan Rajalee)