Pernah Diminta Cari Pengganti, Isteri Nekad Terima Lelaki Hilang 4 Jari Jadi Suami

Setiap pasangan yang sedang mencuba untuk menghalalkan hubungan pasti diuji dengan pelbagai dugaan. Walau bagaimanapun, dengan ujian-ujian tersebut, dapat kita lihat betapa suci dan murni sebuah hubungan yang diakhiri dengan sebuah pernikahan.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @sarahahahahehehe apabila memuat naik perjuangan dia dan suami ketika merancang untuk berumahtangga.

Hilang jari sebelum bertunang

Menurutnya, perkenalan mereka bermula pada tahun lalu sekitar bulan November. Setelah beberapa lama, mereka ingin membawa hubungan ke fasa pertunangan memandangkan masing-masing sudah berasa yakin.

Namun, ketika dipertengahan hubungan, pasangannya diuji dengan kemalangan  sehingga kehilangan 4 jari tangan kanan.

@sarahahahahehehe 

“Jika Merasakan Ujian Sebesar Kapal Maka Yakinlah Nikmat Allah Seluas Lautan.” #husbandandwife #lovestory #fyp #foryoupage

♬ original sound – FahimiR – FahimiR

Suami pernah minta cari pengganti

Pasangannya sempat meminta untuk mencari pengganti kerana dirinya sudah kehilangan anggota badan dan merasa diri tidak layak untuk bersama dengan pengguna TikTok tersebut.

Namun, jodoh antara mereka masih kuat dan selepas lelaki yang dikenali sebagai Ilham itu kembali sihat, mereka terus bertunang dan melangsungkan perkahwinan pada bulan yang sama.

Sebak masa dia cakap cari pengganti

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen menzahirkan rasa terharu dengan ketabahan pasangan ini yang saling menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing.

Mereka juga mendoakan agar @sarahahahahehehe dan suaminya terus berbahagia hingga ke syurga dan dikurniakan cahaya mata soleh serta solehah di masa akan datang.

Jodoh dah tertulis

Berbakti dengan suami, InsyaAllah syurga buat awak

Semoga berkekalan hingga ke Jannah

Awak wanita hebat sis!

 

Artikel Berkaitan   ‘Saya Jual Isi Bukan Kulit’ – Akhirnya Ini Peniaga Durian Paling Jujur Dalam Malaysia. Semoga Penjual Durian Yang Lain Boleh Contohi Dia

Sumber: TikTok @sarahahahahehehe