“Caprice ada baran dia” Farra Inalis Bagitahu Apa Yg Membuat Dia Terbuka Hati

Isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis akhirnya membuka cerita mengenai detik perkahwinan mereka.


Farra atau lebih mesra dengan panggilan Elis itu berkongsi cerita mereka secara eksklusif dalam program MeleTOP yang bersiaran pada Selasa.

Menurut Elis, sikap penyayang dan layanan Caprice terhadap anaknya berjaya membuka hatinya untuk menerima lamaran penyanyi rap itu.

“Strong reason adalah sebab Caprice ini seorang yang sangat-sangat penyayang dekat budak jadi dia berjaya memenangi hati saya dekat situ.

“Caprice dengan anak saya sangat rapat, dia selalu bawa anak saya beli mainan, bila kita makan bersama, dia layan anak saya tu tak nampak fake, jadi maknanya dialah orangnya,” jelas Elis sewaktu ditanya hos MeleTOP, Jihan dan Nabil.

Ketika ditanya bagaimana Elis kekal bersama Caprice sewaktu dia ditimpa pelbagai dugaan dan kontroversi, ini jawapannya.

“Macam mana saya berada di samping dia tu adalah disebabkan sokongan keluarga juga, mereka tahu Caprice ini seorang yang baik.

“Cuma dia ada baran dia, kadang-kadang bila dia buat sesuatu dia tidak sempat nak berfikir, dia ada ego dia sendiri, jadi saya cuba beri semangat pada dia, cuba tenangkan dia,” ujar Elis sambil tersenyum.

Di penghujung segmen bersama Elis dan Caprice, Jihan serta Nabil juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin selain mendoakan kebahagiaan mereka.

Dalam pada itu, Caprice juga ada memberitahu kisah kenapa dia tak dapat masuk ke Gaza

“Sebab tu Jangan Terlalu Benci, Nanti Lama-Lama Suka” – Netizen Korek Balik Video Lama Caprice Kutvk Orang Kelantan

Biasa kita dengar gurauan orang ‘jangan kata tak nak, nanti yang itulah yang kita suka’. Hal itu seperti kena dengan situasi penyanyi rap, Caprice ketika ini.

Baru saja selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya, Farra Inalis yang berasal dari Kelantan, ia seakan-akan memakan diri Caprice sendiri.

Seloroh netizen, ironinya, Caprice sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan yang kurang enak mengenai penduduk yang berasal dari negeri tersebut.

Membongkar dan berkongsi semula video terbabit, netizen turut sifatkan Caprice membuat pusingan u (u-turn).

“Sebab tu jangan terlalu benci, nanti lama-lama suka,” tulis seorang pengguna bersama paparan skrin dua video Caprice mengulas mengenai sikap pengotor dan kebolehan berbahasa Inggeris rakyat Kelantan.

Sekitar dua tahun lalu Caprice menerusi Instagramnya, penyanyi rap itu memperlekehkan rakyat Kelantan dengan kenyataan menghina pemahaman ceramah dalam bahasa Inggeris.

Ia susulan dari program bersama penceramah terkenal, Dr. Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammad IV yang berbicara dalam bahasa Inggeris ketika menyampaikan ceramah.

Caprice bagaimanapun telah tampil membuat permohonan maaf.

Sehubungan itu, ciapan pengguna Twitter berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen sejak malam tadi.

Namun, ada juga yang beranggapan ketentuan jodoh seperti Caprice dan wanita Kelantan itu hanya kuasa Allah dan tidak layak untuk dijadikan bahan sindiran.

Terdahulu, foto Caprice yang sedang menyarung cincin di jari manis seorang gadis mencetuskan pelbagai pertanyaan netizen pada Isnin.

Berita tersebut pada mulanya dikongsi oleh individu bernama Yasser Khan menerusi ruangan Insta Story miliknya.

Bagaimanapun perkongsian itu dikongsikan semula oleh penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz.

Seakan mengesahkan berita gembira itu, Caprice kemudiaannya berkongsi sepotong video daripada majlis pernikahannya bersama Elis di akaun Instagramnya pada hari yang sama.

Tahniah buat pasangan sama cantik dan sama padan ini, selamat pengantin baru Caprice dan Farra Inalis.

Sumber :  http://trendingsangat.pw/