Tak Berdiam Diri Selepas Dik3cam Betulkan Gaun Pengantin Adik, Ustazah Oki Buat Ramai Tersedar

Baru-baru ini, Pernikahan YouTuber terkenal Indonesia iaitu Ria Ricis bersama pilihan hatinya tempoh hari bukan saja cvri tumpuan rakyat Indonesia, malah di Malaysia juga. Selain penampilannya yang begitu menawan, dia juga sebenarnya merupakan adik bongsu kepada pendakwah terkenal dari seberang, Ustazah Oki Setiana Dewi.


Malah ketika majlis perkahwinan tersebut berlangsung, tular babak di mana Ustazah Oki sempat cover aurat kaki adiknya ketika busana pengantin yang dipakai terangkat sedikit.

Walau bagaimanapun, ramai pihak termasuklah pengguna Facebook bernama Mirza Hanin ini kesal apabila senario tersebut dijadikan sebagai modal segelintir netizen mengutuk ustazah berkenaan seolah-olah tak pandai didik adik kandungnya sendiri.

 

@tanteismi

Kaka idaman banget ga sih mba Oki 😭🥲

♬ suara asli – Follow ig : @isminhdyh

Di sebalik ramai mengetahui hakikat personaliti mereka berdua jauh berbeza, namun respon ringkas Ustazah Oki nyata menjentik hati ramai. Walaupun banyak menari dan berhibur di aplikasi TikTok, namun amalan Ria Ricis dikatakan lebih banyak berbanding dirinya.

Sebagai seorang kakak juga, Mirza Hanin terinsipirasi dengan cara pendakwah Indonesia itu berusaha menutup aib adik kandungnya sendiri.

@riaricistr21 #okisetianadewi #riaricis1795 #aktris ♬ original sound – Moodnya Ricis – Pemerhatinya Ricis

Mengambil iktibar daripada pendekatan Ustazah Oki tersebut, wanita itu akui setiap daripada kita pasti sedih mengenangkan d0sa dan pahala ahli keluarga bahkan diri sendiri.

Walau bagaimanapun, setiap manusia masih mampu berdoa agar Allah S.W.T. bukakan hati keturunan masing-masing agar sentiasa kembali ke jalan yang benar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : FB Mirza Hanin