Sejak kebelakangan ini, nama penyanyi dangdut Baby Shima terpalit sensasi sekali gus menjadi perbualan netizen dari isu bertatu sehingga foto didakwa ‘bercium’ di kelab malam.
Kecewa dan sedih setelah bertubi-tubi dikecam orang ramai, pemilik nama Nor Ashima Ramli itu terpaksa mengambil ubat penenang bagi merawat depresi yang dialaminya.
Menerusi muat naik di laman Instagram, penyanyi berusia 29 tahun itu berkongsi sekeping foto memaparkan ubat yang perlu dimakan selepas berdepan pelbagai tekanan emosi.
“Senyum selalu belum tentu bahagia,” tulis penyanyi lagu Pura-Pura Bujang itu ringkas, seolah-olah bersedih dengan ‘dugaan’ tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, netizen terutama peminatnya memberikan kata-kata semangat dan mendoakan Baby Shima agar kuat menempuhi fasa turun naik sebagai seorang anak seni.
Selain itu, ada juga individu menyifatkan terdapat segelintir netizen agak melampau dalam mengecam perbuatan seseorang sehingga mengalami depresi sama seperti Baby Shima.
Kembali pada Allah
Kena kuat, ni la risiko jadi artis…
Kurangkan bergelek kat TikTok
Moga cepat sembuh, jangan layan benda negatif
Terdahulu, Baby Shima menjelaskan foto di kelab malam yang tersebar itu adalah salah satu babak dalam muzik video lagu terbaharunya berjudul Lalai.
Sumber: Instagram Baby Shima