Gadis Minta Orang Ramai Jejak ‘Rider’ Foodpanda, Cair Dengan Senyuman

Benarlah kata ungkapan, dari mata turun ke hati. Apabila melihat perkara indah, ia membuatkan perasaan seseorang meronta-ronta bagi mencari jawapan yang tidak pasti.

Situasi seperti itu boleh digambarkan dengan seorang gadis ini apabila terpikat melihat ketampanan seorang penghantar makanan Foodpanda dipercayai di Aman Central, Alor Setar baru-baru ini.

Menerusi aplikasi TikTok, @arelia._ memuat naik satu video memaparkan aksi spontan ‘rider’ tersebut yang sedang berbual dengan rakan penghantar makanan lain.

@arelia._ Harap ii lalu fyp owner🥺Please cari abg ni!knpa snyuman dia manis sgt😭#kuasaviraltiktok #fyppppppppp #fyp ♬ bunyi asal – AmmarNakFyp – Ketua Pelajar

 

Seolah-olah jatuh hati dengan senyuman lelaki itu @arelia._ turut meminta pertolongan warganet supaya mencari gerangan ‘rider’ berkenaan.

“Harap-harap dia nampak video ni. Tolong cari abang ni! Kenapa senyuman dia manis sangat,” tulisnya pada ruangan kapsyen video tersebut.

Rakaman video berdurasi sembilan saat itu meraih sebanyak 354,200 tontonan selain lebih 500 komen warganet yang memberikan pelbagai reaksi dimana ramai mengaku teman wanita kepada lelaki terbabit.

Bagaimanapun, segelintir individu turut mengakui bahawa ‘abam’ Foopanda itu kelihatan tampan serta memiliki senyuman manis sehingga menjadi tular di TikTok.

Dia perasan tu ada orang rakam

Rasa nak senyum balik!

Semua nak mengaku awek / isteri

Manisnya! Cair tengok…

Orang ada rupa ni selalunya dah berpunya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:OMM

Artikel Berkaitan   “Sedih Lihat Cara Fesyen Tudung Yang Menampakkan Leher,” Yatt Hamzah