Pasangan selebriti terkenal, Intan Ladyana dan suami Harris Alif mengakui tempoh 10 bulan bergelar suami isteri sebagai sesuatu yang cukup manis ketika ini, perkongsian hidup mereka juga turut disusuli dengan pelbagai kisah indah.
‘Baby Bump’ Jelas Kelihatan, Intan Ladyana Didakwa Sedang Hamil Oleh Peminat
Berkongsi kehidupan selepas berkahwin, Intan berkata fokusnya kini lebih kepada keluarga. Malah, kehidupan sebagai isteri juga menuntut dia untuk lebih teliti sebelum menerima apa-apa tawaran dalam memastikan tidak mengganggu tanggungjawab utamanya.
“Memang ada yang berubah selepas berkahwin pastinya keutamaan saya kepada keluarga kini. Pada tempoh sekarang juga saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah.”
Jelas Intan, 39, fokusnya kini bukan kepada kerjaya saja tetapi juga keluarga, jadi dia perlukan kehidupan yang seimbang. Oleh itu, dia agak memilih tawaran selepas berkahwin kerana selepas bergelar isteri, tanggungjawab utamanya adalah untuk menguruskan keluarga.
“Alhamdulillah rezeki selepas berkahwin itu lebih murah. Saya juga perlu fokus kepada perniagaan produk wangian yang diusahakan kami di bawah jenama Anugerah.”
Menurut Intan, dia dan suami bersyukur apabila diberi peluang oleh syarikat Nori Malaysia Sdn Bhd untuk memperkenalkan produk wangian mereka.
“Ketika ini produk kami sudah berada di lapan cawangan Aeon di seluruh negara. Insya-Allah pada tahun ini juga produk kami akan berada di lima lokasi lain antaranya di Pantai Timur.”
Anugerah sudah mempunyai dua produk iaitu Anugerah Body Mist dan Anugerah Fantasy. Malah, Intan dan suami juga dalam rancangan untuk memperkenalkan Anugerah Man.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : BeautifulNara