Ketika ini sememangnya semua orang bertungkus-lumus mencari pendapatan. Kekangan ekonomi keluarga menjadi punca ramai warga emas masih lagi membanting tulang diluar sana untuk mendapatkan penghasilan.
Rider umur 68 tahun
Siapa yang tidak sedih apabila warga emas yang seusia ibu bapa kita masih perlu gigih bekerja demi sesuap nasi.
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @danielashraf1370 apabila memuat naik video seorang lelaki berusia 68 tahun bekerja sebagai rider penghantar makanan.
@danielashraf1370 kisah sedih hari ni, aku buat grab food terjumpa dgn seorang atuk yang berumur 68 tahun tapi masih kuat buat grab🥲 #fyp #fypシ #fypdongggggggg #sedih
♬ original sound – BrassicaOlerasia91 – BrassicaOlerasia91
Masih kuat dan gigih cari sesuap nasi
Menurut pengguna TikTok itu, dia menemui lelaki tersebut ketika sama-sama sedang melakukan penghantaran menerusi Grabfood. Dapat dilihat warga emas berkenaan tetap kuat berjalan ke sana-sini walaupun keadaan fizikalnya yang sedikit bongkok.
Tak sanggup lihat warga emas bekerja macam ni
Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui sebak melihat sosok tua tersebut dan terus teringat akan bapa masing-masing yang sudah berumur di rumah.
Walau bagaimanapun, mereka tetap mendoakan agar warga emas terbabit terus dimurahkan rezeki dan berharap supaya pelanggannya memberikan sedikit tips andai melihat individu tersebut yang menghantar makanan mereka sebagai tanda menghargai usahanya yang tetap gigih mencari rezeki di usia senja.
Mungkin dia tiada sesiapa lagi
Semoga urusan atuk dipermudahkan
Rasa tertampar diri kalau muda2 tak mahu bekerja
Untuk kelangsungan hidup masih gigih cari rezeki
Harap tak ada customer yang bising kalau lambat
Mesti penat kalau kena naik apartment tinggi2
Sumber: TikTok @danielashraf1370