Hidap Penyakit Berkaitan ‘Ain, Wajah Ustaz Kazim Berubah 70% Dari Rupa Asal

Nama Dato’ Ustaz Kazim Elias rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau merupakan antara pendakwah terkenal yang sering berkongsi ilmu di forum-forum agama Islam dan penyampaiannya sangat digemari ramai.


Namun, beberapa kali kita sering mendengar bahawa beliau telah terkena penyakit misteri sehingga mengganggu kesihatan tubuh badannya.

Kongsi tahap kesihatan sekarang

Dalam satu perkongsian yang dibuat, salah seorang pengguna TikTok menggunakan nama @azlanazs telah memuat naik satu rakaman video pendedahan Ustaz Kazim berhubung penyakit yang dialami.

Menurut pendakwah itu, antara kesan daripada penyakit yang menimpa dirinya adalah perubahan yang agak ketara pada wajah apabila sedikit berubah berbanding penampilannya sebelum ini.

@azlanazs#penyakit #ain #fyp #datoustazkazimelias #dakwah #islamic_video #tiktokguru_malaysia #viral #viralvideo

♬ bunyi asal – CaZs Production – CaZs Production

Wajah berubah hampir 50%-70% dari asal

“Tuan-tuan dan puan-puan boleh tengok sendiri. Saya rasa mungkin berubah dalam 50 hingga 70 peratus daripada wajah saya yang asal.”
“Itu sahajalah yang dapat saya bagitahu kalau ada orang tanya tentang kesihatan saya. Tengok muka, inilah dia.” ujarnya.

Antara perubahan paling ketara adalah mata beliau yang sedikit cengkung dan bibir juga terlihat agak kehitaman.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut mengakui berkemungkinan penderitaan yang dihadapi kini mungkin disebabkan penyakit ‘Ain  iaitu satu penyakit berkaitan hasad dengki dan iri hati pihak yang tidak menyukainya.

Sedang buat rawatan

Ketika ini beliau akui sedang berusaha menjalani rawatan dan jika tidak berjaya rawatan mandi sungai pada waktu subuh merupakan alternatif seterusnya.

“Penyakit yang sedang saya hadapi ni mungkin ada benda-benda yang berkaitan dengan ‘Ain. Tapi saya lebih terkena kepada penyakit ‘Ain”
Kalau semua rawatan-rawatan biasa tak jalan, Insha Allah saya kena mandi di sungai pada waktu subuh menghadap hulu sungai beberapa hari. Insha Allah sembuh.” kata Ustaz Kazim.

Menerusi video yang dikongsikan juga, beliau ada menjelaskan berkenaan penyakit ‘Ain amat bahaya dan boleh mengundang maut seperti hadis Rasulullah S.A.W.

“Penyakit Ain ni bahaya ke? Rasulullah pernah sebut antara penyakit yang paling banyak bawa kematian adalah penyakit A’in. Paling cepat sekali mati.” jelasnya.

Di kesempatan itu, Ustaz Kazim juga sempat mendoakan agar kita semua dijauhkan dari penyakit tersebut dan berharap agar dirinya juga segera sembuh dari penyakit ‘Ain ini.

Menjengah keruangan komen @azlanazs, ramai yang telah menitipkan kata-kata semangat agar ustaz bersabar dengan dugaan yang diberikan disamping mendoakan agar pendakwah terkenal itu segera sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.

 

Sumber: TikTok @azlanazs