Kasih sayang sesama pasangan tak semestinya dengan memberikan harta benda. Namun, tak salah untuk menggembirakan mereka sebagai tanda menghargai.
Hadiahkan kereta buat suami
Hal ini samalah seperti perkongsikan yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @nasreen_borhan12, apabila sanggup menabung selama 2 tahun untuk membelikan suaminya kereta mewah.
@nasreen_borhan12Balas kepada @fateen_aten org ckp wanita diuji saat lelaki tak punya apa apa. Tapi saya masih setia disaat suami tak punya apa apa. Alhamdulillah dapat beli hadiahย ๐ย untuk suamiย ๐คฒ๐ป
Menurut Nasreen, dia menabung 2 tahun hasil hasil jualan onlineย dari rumah. dari situ dia berniat menabung untuk membeli kereta bagi memberi kejutan hari lahir buat suami tersayang.
Namun, dia hanya mengharapkan kesetiaan kepada suaminya kerana pernah bersusah payahย bersama suami.
@nasreen_borhan12Akhirnyaย ๐ญย moga dipermudah urusan harini โฌ suara asli โ Hi, ini meme โ ๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐น
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa syukur dengan kejayaan wanita itu untuk membahagiakan suami.
Mereka juga mendoakan agar pasangan tersebut terus dimurahkan rezeki dan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.
Ada yang berjaya lakukan perkara sama
Bahagia lihat keluarga macam ni
Doakan agar perniagaan terus dipermudah
Suami layan isteri baik, innsyaAllah rezeki murah
Sumber: TikTok @nasreen_borhan12