Setiap orang melakukan kesilapan. Namun, sebagai manusia biasa semua orang berhak mendapatkan peluang kedua dalam hidup terutamanya selepas menyedari kesilapan yang telah dilakukan.
Hal ini samalah seperti perkongsian daripada seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @hamizan_yusuf apabila memuat naik satu video seorang banduan yang baru sahaja dibebaskan daripada penjara.
12 tahun dalam penjara
Apa yang menarik perhatian dan membuatkan ramai terharu adalah penerimaan keluarga yang sama-sama menyambut kepulangan ketua keluarga selepas 12 tahun ditahan di sebalik tirai besi.
@hamizan_yusuffAkhirnya dapat bersama..Setelah 12tahun berpisah😊Cinta dibalik tirai besi..Terjawap segala pertanyaan anak-anak bila abah nak balik #fyp #esekeli ♬ original sound – NAZ HUSSAIN – NAZ HUSSAIN
Pelukan dari keluarga
Dapat dilihat, isteri, anak-anak dan cucu lelaki tersebut segera menyambut bekas banduan itu dengan pelukan serta juraian air mata kegembiraan kerana insan yang sudah lama tidak ditemui kini berada di hadapan mata.
Dalam kapsyen yang disertakan, pengguna TikTok itu memaklumkan segala persoalan anak-anak lelaki tersebut akhirnya terjawab selepas dia dibebaskan.
Sambutan macam ni tambah keyakinan lupakan masa silam
Situasi mengharukan itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata berasa hiba melihat momen tersebut. Mereka juga memuji betapa tabah dan setianya seorang isteri yang tetap menunggu suaminya menjalani hukuman penjara selama 12 tahun tanpa sedikit pun berpaling.
Sehubungnan dengan itu, warganet menyimpulkan bahawa cara berkenaan adalah salah satu bentuk sokongan moral yang sangat baik buat bekas banduan agar mereka benar-benar insaf dan tidak berasa dipinggirkan sesudah keluar dari penjara.
Masuk habuk pula mata
Isteri yang setia dan baik terima kekurangan suami
Syukur kembali kepangkuan isteri
Sumber: TikTok @hamizan_yusuf