Kisah seorang wanita yang menjadi mangsa belasahan suami sehingga koma pada pertengahan tahun ini dimaklumkan bakal melahirkan zuriat pertamanya tidak lama lagi.
Jahidah Nordin yang kini berada dibawah jagaan keluarganya telah mengalami kecederaan serius di bahagian kepala selepas disyaki dipukul suami pada 4 Mei 2021.
Doktor beritahu risiko2
Menerusi TikTok adik kepada wanita itu, kakaknya sedang menanti hari untuk bersalin selepas kandungannya mencecah usia 9 bulan.
Namun, dalam perkongsian terbaru @zaihzara15, mereka sekeluarga berasa hiba selepas doktor memaklumkan beberapa kemungkinan yang akan terjadi ketika kakaknya bersalin nanti.
@ziahzara15Doakan yang terbaik untuk kakak dan kandungannya….😔#pregnant #wadbersalin #mangsaderasuamidayus #braindamage #ziahzara #deraisteri
Menerusi kapysen yang disertakan @ziahzara15, dia menyatakan yang ada beberapa risiko yang perlu ditanggung seperti respiratory distress, pendarahan, cardiac arrest dan juga kematian.
Perkembangan terkini Jahidah
Pastinya berita itu membuatkan mereka berasa risau kerana tidak lama lagi tarikh Jahidah akan melahirkan akan tiba. Setakat ini, adiknya kerap memuat naik perkembangan terkini wanita tersebut yang masih lagi separa sedar dengan kondisi terbaring sahaja di atas katil.
@ziahzara15Reply to @norhidayahyusni Sakit yang tak mampu kita tanggung#braindamage #mangsaderasuamidayus #pregnant #ziahzara#wadbersalin #koma
@ziahzara15Kakak macamana ya hari ni kat hospital…😷#ziahzara #countingdays #pregnant #braindamage #mangsaderasuamidayus
Semoga semua urusan dipermudahkan
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mendoakan agar urusan Jahidah dipermudahkan dan berharap agar keajaiban berlaku supaya dia sihat seperti sedia kala.
Mereka juga turut meminta ahli keluarga terus kuat menempuhi dugaan hebat ini dan reda dengan sebarang kemungkinan pada masa akan datang.
Reda dengan apa jua keadaan
Semoga akak kuat hadapi ini semua
Sumber: TikTok @ziahzara15