Nak Rakan Baru Bukan Melayu Selesa, Remaja Terus Bawa Lepak Mamak Sama2

Bukan senang untuk memulakan perkenalan lebih-lebih lagi berada dalam circle yang berbeza. Mereka yang pernah merasai berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain pasti memahami perasaan tersebut.


Namun, sebagai rakyat Malaysia yang ramah-tamah, tak salah rasanya untuk kita sebagai ‘budak lama’ memulakan perbualan dengan ‘budak baru’ agar dapat bersahabat.

Tak nak kawan baru rasa tak selesa

Hal ini samalah seperti yang dilakukan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Hanipp apabila berkongsi video memulakan persahabatan dengan seorang rakannya yang berasal dari Sarawak dan berketurunan Dayak.

@hanipchannelKita baik ramai orang sayang🤍🕊 #bukanmaen #kawanbaru

♬ bunyi asal – Hanipp – Hanipp

Ajar makan pakai tangan

Menurut Hanipp, rakannya itu agak pemalu, jadi mereka bercadang membawanya untuk makan di kedai mamak. Sebelum ke sana mereka sempat mengajar rakan mereka itu cara-cara membuat pesanan agar dia tidak kekok apabila tiba di kedai mamak.

Lebih menyeronokkan, mereka juga mengajar rakannya untuk makan nasi menggunakan tangan.

Friendship lelaki memang tak mengecewakan

Momen yang dikongsikan remaja tersebut nyata mendapat perhatian ramai kerana berasa terharu melihat kesungguhan mereka untuk memulakan persahabatan walaupun berbeza agama, budaya dan kaum.

Mereka juga mendapat pujian daripada warganet kerana membantu rakan mereka untuk berasa selesa ditempat baru kerana menyedari dia agak janggal dengan situasi tersebut memandangkan baru sahaja berpindah ke lingkungan tersebut.

Terima kasih layan dia baik

Rezeki tau dapat kawan2 macam ni

Semoga semua berjaya di masa hadapan

Sebak tengok peranan kawan

Sumber: TikTok @hanippchannel